SOSIAL MEDIA

31 January, 2024

ARTIS LAGENDA BERGABUNG MENGUMPUL DANA PENGURUSAN MADRASAH (AL-MUQWA)


PANDEMIK Covid-19 yang berlaku sebelum ini menjejaskan banyak sektor dan pihak termasuk pengurusan Madrasah UlumulQuran Wal Ahadith (Al-Muqwa) di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor.

Madrasah yang ditubuhkan sejak 14 tahun lalu ini terpaksa melalui pelbagai fasa-fasa perjalanan dan ujian yang sukar sepanjang tempoh tersebut dan masih berlarutan sehingga kini.

Mudir Al-Muqwa, Amran Johari berkata "mereka mengalami masalah kewangan yang sangat ketara merangkumi beban hutang yang sangat tinggi jumlahnya.Kami berdepan bebanan hutang berjumlah hampir RM285,000 untuk membiayai kos operasi sebelum ini. Kemudian kita mempunyai tunggakan atau tuntutan hutang daripada pembekal tenaga dan juga syarikat air yang mana jumlah tunggakan bil-bil utiliti tersebut mencecah sehingga RM80,000 untuk tempoh dua tahun.

"Kami tidak bayar kerana tidak mampu menjelaskannya. Selain itu kami jugamenghadapi masalah tuntutan hutang dari syarikat pembekal hardware. Begitu juga kami keputusan bekalan makanan yang kerap berlaku sejak setahun setengah ini. Begitu juga dengan masalah kos lain untuk tujuan pentadbiran pertubuhan atau madrasah ini," katanya.

Bertitik tolak daripada masalah yang berlaku, tercetus idea buat mereka untuk melantik Ali XPDC sebagai Duta Al-Muqwa pada 2020 yang bertujuan membantu mencarikan dana.

Pada 26 Februari 2022, Al-Muqwa tampil menganjurkan konsert yang membariskan Ali dan barisan selebriti hijrah lain iaitu Ijam Medicine, Iwan Syahman, Kieran dan Faizal Ismail di Dewan Palembang, Rantau Panjang, Klang bagi tujuan mengisi dana.

"Alhamdulillah ia berjaya mencapai sasaran. Malah kehadiran penonton melebihi jangkaan. Ia mencetuskan idea untuk penganjuran program kali kedua pada tahun ini.


Konsert dinamakan Majlis Makan Malam Kesadaran Amal ini akan berlangsung di MBSA Convention Centre, Shah Alam pada Sabtu, 17 Februari 2024 dari jam 6 petang sehingga 11 malam.

"Atas cetusan idea dan juga galakan daripada Ali XPDC selaku duta Al Muqwa, maka kita mengadakan program makan malam amal ini untuk kali kedua. Istimewanya program ini juga akan dihadiri oleh tetamu atau artis selebriti tanah air yang tidak asing lagi iaitu Dato' Awie. Disamping itu, artis-artis lain yang terbabit buat persembahan ialah Ijam Medicine dan Adi Wow.



"Majlis akan dikendalikan oleh penyampai atau pengacara popular tanah air iaitu Faizal Ismail dan Mawi. Program juga akan dihadiri oleh beberapa artis hijrah termasuk Anjang Terra Rossa dan rakan-rakan," katanya.

Amran berkata Madrasah UlumulQuran Wal Ahadith (Al-Muqwa) menempatkan sebahagian besar anak-anak yatim, fakir dan miskin serta anak-anak mualaf dan terbiar.

"Madrasah ini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pelajar-pelajar atau anak yatim yang menghuni kawasan ini. Jadi kita mengasuh mereka ini, golongan yang berpendapatan rendah yang tidak berkemampuan ini untuk menjadikan mereka sebagai penghafaz Al-Quran dan juga alim ulama.


"Kutipan dana menerusi jualan meja makan dan juga kerusi yang dijual ini digunakan sepenuhnya bagi tujuan membiayai kos operasi madrasah yang telah terjejas pendapatan sumber bantuan sejak dua tahun lalu kesan daripada pandemik Covid-19.




"Tujuan utama kami anjur makan malam bertujuan mengharapkan pelbagai pihak samada untuk beri tajaan kepada majlis yang kita anjurkan atau kepada mana-mana pihak yang ingin beli meja-meja yang kita jual melalui kupon-kupon yang kita sediakan.

"Begitu juga tiket membeli kerusi yang disediakan untuk individu-individu yang kurang berkemampuan membeli meja makan malam amal ini. Insya-Allah kita akan jual meja bermula dengan harga RM3,000, RM5000 dan RM8000 untuk satu meja.

"Ia ditawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk menyaksikan persembahan artis selebriti dan pada masa sama untuk beramal.


"Insya-Allah bukan sahaja persembahan artis tapi kami juga sajikan dengan hidangan lain seperti persembahan salawat, bacaan ayat-ayat Al Quran dan perkongsian pengalaman artis-artis hijrah.

"Kita juga akan kumpulkan sejumlah barangan atau koleksi artis-artis untuk jualan lelong amal dimana semua hasil kutipan disalurkan sepenuhnya kepada Al Muqwa.


"Kita juga menyeru kepada mana-mana rakan artis yang berminat ingin membantu untuk turut serta menyumbang dalam bentuk sekiranya ada barang-barang pakaian atau koleksi peribadi yang ingin dilelong atau ingin dihadiahkan kepada madrasah untuk dilelong pada majlis makan malam ini.


𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗣𝗢𝗡 𝗠𝗘𝗝𝗔 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡
  • MEJA BRONZE (10px) : RM3000.00
  • MEJA SILVER (10px) : RM5000.00
  • MEJA GOLD (10px) : RM8000.00
𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗞𝗘𝗧 𝗞𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜 (𝙇𝙪𝙖𝙧 𝘿𝙚𝙬𝙖𝙣 + 𝙇𝘾𝘿 𝙎𝙘𝙧𝙚𝙚𝙣).
  • KERUSI (1 seat) : RM200/=

𝗔𝗥𝗧𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 :
  • Dato' Awie
  • Ali XPDC
  • Ijam Medicine
  • Adi WOW
  • Anjang Terrarossa
  • Selebriti Hijrah

𝗔𝗥𝗧𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗖𝗔𝗥𝗔 :
  • Faizal Ismail (FBI)
  • Mawi

𝗧𝗘𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦 :
  • Fikir, Dzikir, Dikir

𝗧𝗘𝗠𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 :
  • Hitam-Putih Kehidupan

𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗤𝗔𝗦𝗜𝗗𝗔𝗛 :
  • Ahbabul Sham (Syria)
  • At-Thullab (Malaysia)

𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 :
  • ZAYAN Radio
  • Bapakku FM
𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 :
  • Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim, Faqir, Miskin & Dhuafa' Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith
  • AL-MUQWA/Madrasah 'Ulumulquran Wal Ahadith
  • Madrasah Muqwa Lil Banat

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗗𝗜𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗢𝗟𝗘𝗛 :
  • Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA)
  • Pertubuhan Pusat Data Usahawan Dan Ekosistem Malaysia (MEEDC)
  • Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS)


𝗣𝗘𝗡𝗔𝗝𝗔 :
  • Syarikat RF3 World Sdn.Bhd

𝗟𝗢𝗞𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 :
  • MBSA Convention Centre, Shah Alam

𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛, 𝗛𝗔𝗥𝗜 & 𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠
  • 17 Februari 2024
  • Sabtu
  • 6.00 petang - 11.00 malam

𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 :
  • Bacaan Ratib Al-Attas & Hirzi
  • Bacaan Asma' Ul Husna
  • Bacaan Terjemahan Al-Quran oleh artis
  • Bacaan Al-Quran oleh artis
  • Solawat oleh artis
  • Persembahan Lagu Legend dan Popular daripada semua artis
  • Tayangan Video
  • Pentomen
  • Qasidah Alunan Arab & Nusantara
  • Tausiah
  • Persembahan Puisi
  • Karguzari Artis Hijrah
  • Mahalul Qiyam
  • Lelongan Amal Barangan Artis
  • Jualan Cenderahati & Wakaf
𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗣𝗢𝗡 𝗠𝗘𝗝𝗔 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 & 𝗧𝗜𝗞𝗘𝗧 𝗞𝗘𝗥𝗨𝗦𝗜  :
Hubungi/whatsapp nombor telefon disediakan ➡️ buat tempahan & belian meja/kerusi online/offline di pejabat madrasah ➡️ dapatkan resit & kupon/tiket.

𝗡𝗢𝗠𝗕𝗢𝗥 𝗧𝗘𝗟𝗘𝗙𝗢𝗡 𝗛𝗢𝗧𝗟𝗜𝗡𝗘 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗡𝗬𝗔𝗔𝗡 & 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗣𝗢𝗡/𝗧𝗜𝗞𝗘𝗧

𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 :
Madrasah Ulumulquran Wal Ahadith
  • Maybank :- 5624 693 08464
  • CIMB Bank :- 8603 259 460

𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 :
Kami di pihak pertubuhan kebajikan & madrasah sebagai penganjur program masih mencari mana-mana syarikat korporat, NGO-NGO atau individu-individu yang berhajat untuk menaja perbelanjaan kos bagi program ini meliputi tajaan seperti :
  • Dewan
  • Khidmat katering
  • Pemasaran & promosi
  • Kemudahan peralatan persembahan/pentas
  • Pengangkutan dan kemudahan artis
  • Meja-meja makan menempatkan anak-anak yatim dan asnaf serta guru-guru daripada petubuhan dan madrasah penganjur dan juga daripada luar.

GANJARAN UNTUK PENAJA DITAWARKAN :
  • Pengiklanan dan hebahan di poster-poster, flyers, banner backdrop pentas, video montaj, siaran radio, media cetak dan siaran di rangkaian media-media sosial.
  • Percuma 1 meja Korporat atau VIP untuk penaja atau pihak yang dihajatkan. (mengikut syarat-syarat minima tajaan)
  • Sijil dan cenderahati khas
  • Nama-nama dan hajat penaja akan dibawakan di dalam doa dan solat hajat harian di madrasah

𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 '𝙆𝙀𝙎𝘼𝘿𝘼𝙍𝘼𝙉'.
  • 𝘒𝘪𝘵𝘢 ' 𝘍𝘪𝘬𝘪𝘳', 𝘢𝘨𝘢𝘳 𝘴𝘢𝘥𝘢𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢𝘸𝘪
  • 𝘒𝘪𝘵𝘢' 𝘋𝘻𝘪𝘬𝘪𝘳', 𝘢𝘨𝘢𝘳 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘦𝘳𝘵𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘶𝘣𝘶𝘯𝘨 𝘵𝘶𝘩𝘢𝘯
  • 𝘒𝘪𝘵𝘢 '𝘋𝘪𝘬𝘪𝘳', 𝘢𝘨𝘢𝘳 𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘩𝘢𝘳𝘮𝘰𝘯𝘪 𝘵𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘱𝘪


.