SOSIAL MEDIA

23 December, 2023

AGENDA UTAMA MENGHIBURKAN PEMINAT NAMUN EXISTS TURUT MENYUMBANG RM20,000 KEPADA KARYAWAN


Jangkamasa 32 tahun menjadi bukti yang kukuh menyaksikan Exists sebagai 'band yang san berkualiti'. Jika tidak berkualiti Exists tidak akan kekal malah masih menjadi kegemaran pendengar pelbagai generasi sejak salam kenal di tahun 90-an sehingga 2023 menjelma dan masih, Exists sentiasa menjadi kumpulan pilihan para penganjur.


Kehebatan Exists, Ezad dan Mamat, Ajai, Ujang, Musa dan Along. menghiburkan 6,000 penonton yang hadir dengan mempersembahkan 25 buah lagu popular mereka.


Memulakan persembahan dengan lagu Jangan Gentar, Ezad turut meluahkan rasa terharu apabila peminat Exists menyanyi bersama semua lagu yang disampaikan. Penampilan Mamat dan Ezad secara bergilir-gilir mempersembahkan lagu hit mereka dengan diiringi kumpulan Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kesan mendalam pada setiap jiwa jiwa yang hadir.






Semua pencapaian itu terjadi pada tahun 2023. Namun Exists masih belum mahu menutup portfolio dengan cantik dan kemas tanpa melakukan sebuah persembahan yang disifatkan paling didamba sepanjang 32 tahun berkarya.


Konsert Exists X Orkestra ini telah dibawakan oleh penganjur Persatuan Global Malaysia, dah melihat daripada perjalanan konsert ini sangat berjaya.

Bukan hanya berhibur untuk peminat peminat malah di konsert Exists X Orkestra yang berlangsung pada  22hb Dec 2023 diadakan turut bertujuan mengumpul dana untuk membantu anak seni yang memerlukan. 


Menerusi satu segmen khas, Exists menyerahkan replika cek sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bagi tujuan tersebut yang diterima oleh presidennya iaitu Datuk Freddie Fernandez.