Jumaat lalu 3/11 menyaksikan kejahatan petikan 7 gitaris di saksikan oleh lebih kurang 1,800 penonton Zepp KL menjadi saksi. Yang dinantikan telah pun tiba panas membahang, aroma yang lain dari yang lain, 7 gitar bagai bercerita tentang duka lara petikan dawai 7 gitaris. Buah tangan Joe Branko nampaknya membuahkan hasil hebat dan mampu membuatkan hadirin yang hadir rasa berbaloi.
Pembukaan petikan keyboardist (Adi) lalu dimulakan dengan gitaris pertama MUZZA (MAYHEM), di ikuti dengan JEMBOO (DEF GAB C) ANIS (CANDY) , SHAH (SLAM), JO BRANKO dan yang dinantikan KID (SEARCH). Nampaknya belum lagi nampak kelibat abang MAN KEEDAL kita.
Tahniah kepada pihak penganjur yang berani menjadi penganjur program yang julung-julung kalinya di adakan iaitu Big Stage Entertainment Channel dan Anggerik Event Sdn Bhd. Terima kasih kerana membawakan kepada kami sajian menarik ini.
Malam yang panjang itu langsung tidak terasa dengan alunan petikan gitar lagu demi lagu. Dimula kan dengan lagu Perjuangan dan selepas itu Kid dengan Isabella nya bayangkan betapa jahatnya bila Isabella petikan Kid di iringi dengan 6 lagi gitaris yang harmoni bunyi nya. Selepas itu lagu Henjut kid featuring dengan Joe Branko. Muzza juga tidak ketinggalan memperdengarkan lagu buah tangannya sendiri bertajuk VIRUS.
Kemunculan Man Kidal selepas lagu Enternal Flight Of Martry dari petikan guitar Shah Slam, Man Kidal muncul dengan Medley Tambak Johor dan satu lagu lama dan featuring bersama Joe Branko. Memang sang hitam malam ni betul-betul mengganas dengan garangnya.
Penampilan istimewa 3 orang penyanyi tersohor Dato Hattan, Muss dan Lan Solo mengamatkan.lagi malam itu. Dengan lagu BADAN BELUT KEPALA ULAR ,TIADA LAGI AKU ,RANJANG MAWAR ,BIARKAN BERLALU ,KABUS SUTERA UNGU DAN BANYAK LAGI. Tidak perlu kita persoal kan atau pertikai kan lagi seperti ada 3 sosok berlainan haluan di atas pentas tapi iringan 7 gitar telah menjadi satu. Muss dengan nada rock nya, Dato Hattan dengan nada Blues nya tidak ketinggalan Lan Solo pelapis rockers kira yang sedia ada. Bagi lah apa saja lagu semua mereka kunyah seperti makanan ruji mereka. Sungguh menghiburkan.
Di pertengahan konsert agak mengganggu emosi bila 7 gitaris beralih kepada petikan guitar accoustic memang agak mengganggu emosi penonton bila segment itu tribute khas buat arwah Adik Joe Branko iaitu AKIRO NAGA ROCK atau nama sebenarnya Azakire bin Abd Kadir yang telah menghembuskan nafas pada pagi Jumaat hari konsert itu juga. Betapa professionalnya Joe Branko menahan emosi dan meneruskan konsert yang telah di jadualkan. Tabik spring kepada beliau.
Bila ditanya pada Joe Branko apakah 7 vibrato akan ada siri jelajah pula nampak nya Joe telah memutus kan tidak ada lagi 7 vibrato. Ini adalah buah tangan pertama dan terakhir siri 7 gitaris tapi Joe memberitahu akan ada yang lebih istimewa dan unik di masa akan datang. Dia akan beri kelainan lebih lagi. Bersama-sama lah kita nantikan, jadi selalu lah follow perjalanan harian abang Joe kita. Akhir kalam, ini lah yang kita mahu kan sesuatu yang segar bukan yang klise. Majulah muzik di masa depan.
