BUKIT JALIL KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER 2023 - Pentas Wayang Production Sdn Bhd muncul dengan Filem Mar Rak arahan seorang pengarah filem pelakon dan penerbit yang namanya tidak asing lagi dalam industri seni tanah air Malaysia, Dato'T.S. Jeffry, yang juga merupakan pengarah dalam filem ini.
Filem Mar Rak yang bergenre seram & thriller ini merupakan idea dan cerita asal serta olahan skrip oleh Dato' .S.Jeffry sendiri manakala skrip oleh Adza Wat dan Adza Emie. File terbitan Pentas Wayang Production Sdn Bhd. Official Sound Track (OST) Mar Rak in akan disiarkan secara rasmi di semua platform media sosial Pentas Wayang Production Sdn Bhd &Metrowealth.
Muzik video lagu 'Seru Cinta' terbitan Aby Studio and Entertainment menampilkan Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC dan Dyvianna James yang juga merupakan pelakon utama filem Mar Rak sebagai penyanyi dalam Official Sound Track ini.
Menariknya, lirik lagu 'Seru Cinta' ini telah dihasilkan sepernuhnya oleh pengarah dan penerbit filem Mar Rak, iaitu Dato' .S. Jeffry sendiri yang dinspirasikan khusus untuk filem Mar Rak yang berkisarkan kisah percintaan sehingga terpaksa menggadai nyawa.
klik untuk mendengar lagu Seru Cinta
Tajuk Lagu : SERU CINTA
Lirik : Dato' T.S.Jeffry
Lagu dan muzik : Kabir Bambu
Penyanyi dan Pelakon Utama : Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC &Dyvianna James
Sebagai makluman, filem ini telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) atas Dana Kandungan Digital (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini beriaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam.








