SOSIAL MEDIA

27 October, 2023

KONSERT EXISTS BORNEO TOUR AKAN MENGGEGARKAN SABAH DAN SARAWAK


Nama kumpulan Exists tidak perlu lagi diperkenalkan. Mula meraih perhatian sejak 1990-an, nama Exists terus mendapat perhatian ramai peminat sejak generasi demi generasi.

Penganjur acara, Menara Network kini kembali dengan acara konsert dan lebih menarik, bakal menganjurkan dua konsert di dua lokasi berbeza iaitu Konsert Exists Borneo Tour di Sarawak dan Sabah.

Konsert Exists Borneo Tour di Sarawak dan Sabah akan diadakan di 2 lokasi di Sabah dan Sarawak. Bagi Konsert di Sabah akan diadakan pada 17hb Disember bertempat di Sabah International Convention Cente Manakala untuk lokasi di Sarawak pula akan diadakan pada 30hb Disember bertempat di Borneo Convention Center.


Pengarah Urusan Menara Network, Dato’ Ab Razif Asmuni berkata, penganjuran Konsert Exists Borneo Tour ini akan mengubat kerinduan peminat kumpulan muzik itu.

“Saya berharap, penganjuran konsert ini dapat menyajikan persembahan dan hiburan terbaik untuk penduduk Sabah dan Sarawak. Lebih menarik, harga tiket yang ditawarkan juga adalah harga mampu milik.




“Saya juga berharap agar penganjuran konsert ini dapat mengubat kerinduan peminat Exists di kedua-dua negeri itu yang sudah menantikan kehadiran mereka.

Konsert Exists Borneo Tour di kedua-dua negeri ini juga bakal menyaksikan anggota-anggota kumpulan ini iaitu Ezad Lazim, Ajai, Along, Ujang dan Musa menggegarkan pentas acara di kedua- dua negeri.





Lebih menarik, akan ada kejutan di mana, beberapa lagu Exists akan diberi sentuhan nafas baharu. Tidak hanya konsert, peminat dan pengunjung juga dapat berkunjung ke acara karnival yang akan berlangsung selama tiga hari di lokasi acara.


bagi peminat peminat yang ingin  mendapatkan tiket konsert boleh melayari laman sesawang www.ticket2u.com. Harga tiket bermula dari beharga RM77 hingga RM238 .

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Menara Network di talian 019-4519288.