SOSIAL MEDIA

24 October, 2023

JUDIKA MELEPASKAN AURANYA BUAT 12 RIBU PEMINAT DI 'ROCKMANTIC NIGHT'


KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2023 – Menyaksikan kehadiran hampir 12,000 orang penonton konsert ‘ROCKMANTIC NIGHT - JUDIKA & THE GANG’ yang berjaya menggamatkan segenap ruang Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 8:00 malam dibawakan khas oleh syarikat penganjur acara dari Indonesia, Dua Anak Deo (DAD) Management.

Lebih 12,000 peminat membanjiri Axiata Arena demi seorang Judika? Ya, ini kisah benar. Gamat stadium dibuat pemilik asal nama Judika Sihotang ini. Meski judul konsert digelar Malam Rockmantic (sesuai dengan lagu-lagu beliau yang kebanyakan nya jiwang karat dan mellow) namun energi yang diberikan Judika pada malam 28 Oktober lalu berada di tahap paling ektrim dan sangat luar biasa. Bayangkan lagu demi lagu bernada tinggi, dengan selamba dialunkan nya tanpa menunjukkan sedikit pun rasa lelah atau penat. 


Tidak ada satu pun nada yang pecah, semuanya dilontarkan dengan begitu hebat. Beliau juga tidak mengambil masa yang lama menghilang untuk menukar dua kali persalinan, malah setiap minit yang berlalu sarat dengan lagu-lagu yang telah disusun

“Saya ingin menyanyi habis-habisan kerana semangat ‘cinta’ yang diberikan oleh pembeli-pembeli tiket bukan sahaja dari Malaysia, bahkan juga Indonesia, Singapura serta Brunei agar dapat menghiburkan mereka semua sebaik dan juga semaksimal yang mungkin,” kata pemilik nama Judika Nalom Abadi Sihotang, 45.

Selain Judika, bintang-bintang popular Malaysia seperti Marsha Milan, Haqiem Rusli dan Shila Amzah serta artis-artis tamu dari Indonesia naungan DAD Management seperti Dnanda, Daniel Pattinama dan Dr. Axin turut menyerikan konsert pada malam tadi sebagai pembuka acara dengan menerima sorakan yang tidak kurang hebatnya.



Shila Amzah yang baru-baru ini kontroversi dengan masalah keluarga, mendapat sambutan paling gemuruh ketika muncul membawakan lagu “Memori Tercipta” yang turut dinyanyikan bersama seluruh arena. Ketara nampak terharu dengan nuansa itu, Shila tunduk humble sambil tangan di dada tanda terima kasih buat peminatnya.

Momen yang ditunggu-tunggu bermula apabila Judika muncul di tengah-tengah pentas dengan menaiki motor berkuasa besar melaungkan lagu Bukan Rayuan Gombal lantas menerima sorakan paling gemuruh menggamatkan seluruh ruang Axiata Arena.



Ramalan mengena bila berderum bunyi enjin di atas stage, Judika tampil rugged dengan jaket kulit hitam penuh spike dan backpatch band Kiss. Karisma rocker beliau begitu menyerlah. Hits “Bukan Rayuan Gombal” memecah malam disahut histeria dari segenap ruang. Vokal merdu Judika bagaikan menghipnotis setiap hadirin yang terpukau, melambai-lambai tangan dan memanggil-manggil namanya.





Di antara lagu-lagu yang dipersembahkan pada malam tadi adalah Sampai Kau Jadi Milikku, Kisah Yang Ku Inginkan (duet bersama Shila Amzah), Putus Atau Terus, Jikalau Kau Cinta, Cinta Karena Cinta dan lain-lain.

Istimewanya, konsert malam semalam merupakan sebuah ‘family affair’ dimana Judika membawa keseluruhan ahli keluarganya untuk turut serta terlibat dalam konsert tersebut, seluruh arena menyanyikan lagu ‘happy birthday’ buat anak Judika yang baharu sahaja menyambut hari jadinya beberapa hari yang lepas.



Selain menyanyikan lagu-lagu hitsnya, Judika turut menyanyikan lagu Sejati oleh kumpulan Wings dan konsert bertambah gamat apabila Judika menyanyikan lagu Cindai yang dipopularkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan rendisinya yang tersendiri diiringi penari latar tradisional memeriahkan suasana ibarat sebuah festival kesenian.







“Sebetulnya, saya sudah mempersiapkan diri selama tiga hari berturut-turut sewaktu latihan kerana mahu memberikan yang terbaik untuk semua dan hasilnya semua yang hadir sangat gembira dan merasa ‘cinta’ yang saya tonjolkan pada malam ini, lebih istimewa kerana keluarga juga berpeluang melihat sendiri konsert sebesar ini yang pertama di Malaysia dan ia merupakaan kebangaan buat saya.











“Terima kasih sesungguhnya buat penonton yang hadir, ‘team’ yang terlibat, artis-artis undangan dari Malaysia dan juga Indonesia, serta kepada para penaja yang menjayakan konsert pada malam ini,” akhiri Judika.