
Menjelang A night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada malam ini. Ahmad Dhani selaku vokalis daripada kumpulan DEWA19 ingin melihat kualiti pemuzik orkestra di Indonesia memiliki mutu setaraf dengan kehebatan kumpulan orkestra di Malaysia.

Ungkapan yang disampaikan oleh Ahmad Dhani selepas melihat persembahan pemuzik orkestra Malaysia yang bakal mengiringi konsert Dewa 19 malam ini.
“Seorang yang boleh dianggap berpengalaman dan berpengatahuan dalam bidang muzik, selepas melalui sessi latihan, saya dapati kualiti orkestra Malaysia lebih bagus berbanding orkestra di Indonesia.

“Jika di sana, ahli orkestra selalunya orang berasal Indonesia. Tetapi di sini ahlinya terdiri pelbagai negara,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbat dan sesi latihan konsert tersebut di Axiata Arena di sini, hari ini.
Sera ai 54 pemuzik orkestra Malaysia yang akan mengiringi persembahan Dewa19 pada konsert malam ini yang pastinya akan memberikan pengalaman yang berbeza pada seri konsert konsert yang sebelumnya.
Pada masa sama, Ahmad Dhani juga berharap muzik orkestra akan dapat berkembang dan diterima baik di Indonesia seperti di negara-negara lain.
“Dengan orkestra kita membawa budaya baharu di Jakarta peminat muzik di sana masih dalam proses untuk menerima.



“Pasukan orkestra Indonesia belum lagi di tahap dibiayai oleh kerajaan seperti di Malaysia, harapnya akan ada,” katanya.
Konsert yang juga dinamakan sebagai bahagian kelima tersebut akan menonjolkan sisi lain kumpulan asal Surabaya, Indonesia itu.
Menjawab kerisauan ramai mengenai konsep konsert yang dianggap lebih formal berbanding sebelum ini, dia percaya peminat Dewa 19 tetap akan berseronok dengan persembahan mereka esok.
Sebuah konsert yang boleh dianggap agak formal memandangkan ianya sebuah konsert berkonsep orkestra yang sebelum ini hanya diadakan ditempat tempat tertentu namun kali ini bakal dilangsungkan di sebuah stadium tertutup.

Kali terakhir Dewa 19 mengadakan konsert di Malaysia adalah menerusi Konsert 30 Years of Dewa 19 pada 9 dan 10 September tahun lalu di lokasi sama