David Foster and Friends Live in Kuala Lumpur yang berlangsung pada 7hb Ogos lepas telah memberikan satu persembahan yang hebat kepada peminat peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza, Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred, Katharine McPhee.
Kehadiran 3000 peminat yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang disajikan dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Lagu lagu yang dimainkan hasil ciptaan David Foster serta dipersembahkan oleh barisan penyanyi hebat.
Never Enough dari The Greatest Showman disampaikan oleh Loren Allred yang merupakan penyanyi asal lagu ini. Kehebatan terserlah serta apabila digandingkan dengan Peabo Bryson.
Aura penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ternyata cukup membuat David Foster ‘pegun’ dengan kemampuan vokalnya ketika beliau menyampaikan lagu ‘The Power Of Love’ yang di popularkan oleh Celine Dion.
David kemudiannya mengiringi Siti Nurhaliza ketika beliau menyampaikan lagu ‘Sehebat Matahari’ yang di petik daripada album terbarunya “SITISM”.
Selain Siti Nurhaliza, konsert berkenaan turut menampilkan barisan penyanyi antarabangsa seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allref, Katharine McPhee dengan kesemua mereka menyanyikan lagu hit sentuhan magik komposer dari Kanada itu.
Lebih 15 lagu karya David dipersembahkan pada konsert berdurasi dua jam itu antaranya When A Man Loves a Woman, Beauty and the Beast, If Ever You In My Arms Again, Can You Stop The Rain dan Cry Me A River.
























