KUALA LUMPUR, 21 OGOS 2023 – Nurdamia’ Ellisda atau mula dikenali sebagai Ellisda mula berkecimpung di dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Beliau juga pernah menyertai realiti tv I CAN SEE YOUR VOICE musim ke 6. Beliau selalu mewakili sekolah dalam bidang nyanyian sehingga ke peringkat negeri dan mengembangkan bakat bersama Genius Seni Khoir Malaysia bawah didikan Cikgu Dato Syafinaz Selamat Selama 6 tahun. Nama Ellisda tidak asing lagi dalam kalangan pempengaruh di tiktok mahupun instagram kerana beliau boleh meniru suara kartun animasi Boboiboy.
Muzik video dan lagu ini diadaptasikan dari kisah sebenar. Mengisahkan seorang isteri yang berada dalam hubungan bersifat ‘toksik’ hingga menyebabkan kecederaan fizikal akan menjejaskan emosi dan kesihatan mental wanita. Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 3,997 aduan kes keganasan rumah tangga dalam tempoh lima tahun ini sehingga Mac lalu. Rekod itu membabitkan wanita dan lelaki pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak dengan wanita berusia antara 22 hingga 39 tahun adalah yang tertinggi direkodkan diikuti usia 40 hingga 59 tahun. Sebanyak 673 kes direkodkan pada 2019 membabitkan wanita seramai 627 dan lelaki 46 kes, manakala bagi 2020 sebanyak 1,047 kes membabitkan wanita (939) dan lelaki 108 kes.
JKM sentiasa bersedia membantu mangsa dengan menjelaskan hak perlindungan termasuk urusan lanjut berkaitan dan bantuan lain seperti khidmat kaunseling, menyelaras dan program pemulihan mengikut keperluan. Mangsa keganasan rumah tangga diminta tampil atau membuat panggilan ke mana-mana balai polis atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran untuk membuat laporan atau aduan.
Selain di Malaysia, beliau juga dikenali di negara seberang iaitu Brunei dan Indonesia. Lagu balada ini merupakan percubaan pertamanya untuk bertapak dalam industri muzik tanah air. Diharap dengan kemunculan lagu ini mampu memukau dan disukai oleh semua. Susunan lirik lagu ini lebih moden dan mesra untuk didengari semua lapisan masyarakat. Lagu ini juga turut dibantu dicipta bersama oleh Ujang K.




