Bruno Major merupakan seorang komposer dan penyanyi yang berasal dari England, sangat gembira apabila sekali lagi dapat hadir menghiburkan peminatnya menerusi konsert jelajah, Tour of Planet Earth malam ini sejak pertama kali datang ke Malaysia pada 2018 dulu.
Major ketika ditemui semasa sidang medianya hari ini berkata, selain mahu mengubat kerinduan peminatnya di Malaysia, dia juga mahu memperkenalkan kemunculan album ketiganya, Columbo yang belum pernah diperkenalkan di negara ini.
“Selepas lima tahun, saya kembali lagi ke sini bukan saya hanya mengubati kerinduan peminat, tetapi untuk memperkenalkan album 3 saya , Columbo,” ujarnya.
Walaupun kepenatan dan kelelahan selepas selesai mengadakan persembahan di Jakarta, Bruno Major terkenal dengan lantunan lagu bergenra soul itu tetap bertenaga dan menjanjikan persembahan yang terbaiki buat peminatnya di sini.
Bercerita lebih lanjut, penyanyi itu turut memberitahu dia tidak akan melupakan lagu-lagu popularnya daripada dua album terdahulu iaitu To Let A good Thing Die dan A Song for Every Moon, istimewa untuk peminatnya di sini.
Major yang popular menerusi lagu-lagu seperti Easily, Places We Won’t Walk dan Nothing sememangnya seorang penyanyi dan penulis lagu yang memiliki jiwa ‘realistik’ untuk menghasilkan lagu bertemakan cinta, namun disampaikan dalam bentuk moden yang lebih dekat di hati pendengar.
Kerujaan peminat yang hadir pada malam konsert di anggarkan sekitar 1500 orang memenuhi ruang di dalam Zepp Kuala Lunpur ini. Peminat yang ternyata bertenaga dari mula konsert dan bernyanyi bersama memhangatkan lagi.
Konsert Tour of Planet Earth yang dibawakan istimewa oleh Shiraz Projects memulakan siri jelajahnya di Tokyo, Jepun pada 8 Ogos lalu, selepas konsert yang sepatutnya berlangsung pada 2020 terpaksa dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.
Konsert jelajah Tour of Planet Earth yang dibawakan istimewa oleh Shiraz Projects memulakan siri jelajahnya di Tokyo, Jepun pada 8 Ogos lalu, selepas konsert yang sepatutnya berlangsung pada 2020 terpaksa dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.
Kuala Lumpur yang menjadi lokasi penutup konsert jelajahnya di Asia, Major yang lebih mahu dikenali sebagai penulis lagu setelah melakukan jelajah konsertnya di Korea, Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia sepanjang bulan Ogos.
Kemudian, penyanyi itu bakal meneruskan lagi konsert jelajahnya di Amerika Syarikat dan Kanada pada September hadapan sebelum meneruskan jelajahnya ke beberapa buah negara Eropah pada November nanti.







