Fenomena itu sudah ‘terpahat’ lantas meletakkan jenama Konsert Double Trouble 2 anjuran Alpha Nation Sdn. Bhd. yang berlangsung pada 5 Ogos lalu di Stadium Malawati Shah Alam berada pada kelasnya yang tersendiri.
Raum, Mencari Asal Usul, 203, Idaman dan Hati Sulam Lain kemudiannya di ‘lontarkan’ Barbarik kepada khalayak. Meskipun ada di antara seleksi lagu tersebut mengundang ‘vakum’ di kalangan penonton dan pastinya ‘membunuh’ mood khalayak yang ketika awalnya sudah maksima, namun ianya di ceriakan dengan petikan gitar Joe Branko yang cukup ‘berwarna’.
Suasana kembali ‘havoc’ dengan lontaran vokal Muss bersama peminat yang turut sama melagukan Keris Tak Bersarung, Sakit Bantal Empuk dan Biru Mata Hitamku yang sekaligus ‘merehatkan’ Barbarik buat seketika.
Search mengambil ‘tahta’ menjadi raja dengan Di Pintu Sepi, Emanuelle, Pembakar Perasaan, Asli dan Tulus, Metropolitan, Rock n Roll Pie dan Pelesit Kota. Tidak perlu di pertikai kewibawaan Search yang sudah membuktikan bahawa ‘mereka’ adalah Rock n Roll. Seleksi lagu yang cukup dekat dengan jiwa peminat rock sebenar.
‘Pertarungan’ antara Minn dan Ainol pastinya membangkitkan semangat membara, dentuman paddle silih berganti antara snare dan tom tom memberikan warna dalam muzik. Masing-masing punya ke’ego’an demi memastikan rencah dan acuan rock n roll itu sempurna.
Padamkan Lampu Tidurmu, Gadisku, Inspirasi Syakilla, Gadis Misteri pula menyaksikan lembaran duet Barbarik dan Search kemudiannya berkesinambungan dengan Kejora dan Blues Ular Sawa yang melengkapkan versi akustik. Sebuah lagu yang rasanya tidak pernah di persembahkan kepada umum, Mencari seolah-olah memberi ‘petanda’ positif kemanakah arah tuju sebenar.
Tanpa Gemuruh pastinya jenama Double Trouble itu tidak menepati piawaian konsert yang menjenamakan ‘Double Trouble’ itu sendiri. Ternyata klimaks kepada konsert itu sudah berada di puncak sementelah melihat wajah wajah peminat yang cukup puas namun ianya dilengkapi dengan Pasti yang menutup tirai Konsert Double Trouble 2 yang berdurasi hampir 3 jam.
Tatarias pentas yang tersergam luas memberikan pengalaman serta kebebasan pengkarya untuk memaksimakan pergerakkan apatah lagi ianya dilatari dengan ratusan cahaya yang menerangi serta menghidupkan sesebuah konsert. Inilah ‘warna’ yang ingin di lihat serta disenyawakan dengan sistem bunyi yang melengkapi ‘nafsu’ telinga selain untaian lirik dan melodi yang diterjemahkan secara kolektif.





















