Sekiranya nak rasa masakan yang terbaik selalunya kita akan memilih bonda untuk kelazatan dan keenakan makanan. Air tangan seorang ibu adalah yang terbaik.
Untuk itu Chef Hajah Norziah, Restoran Santapan Ummis Hijau Kasturi adalah yang terbaik hasil dari air tangan sorang ibu. Restoran yang bertempat di Sentul Point kembali untuk santapan selera sepanjang Ramadan.
Bermula 2 Ramadan hingga 28 Ramadan Chef akan menyediakan masakan masakan tradisi melayu yang hampir 45 menu kesemuanya bakal memberikan kepuasan kepada semua peminat masakan tradisi.
Chef Hajah Norziah merupakan chef di istana DiRaja Brunei yang bertugas lebih daripada 8 tahun. Kini beliau bersama suaminya Chef Haji Fauzi yang juga chef lebih menumpukan restoran mereka demi masa depan yang lebin terjamin.
Apalah Ramadan tanpa Air Tangan Ibu, di restoran ini anda boleh memujuk hati dengan 45 hidangan istinewa. Tiga masakan utama setiap hari ialah Berlado, Masak Lemak dan Asam Pedas dengan pelbagai jenis lauk utama yang dimasak berganti-ganti.
Selain itu, masakan seperti aneka kerabu, lauk pauk, ulaman, soto, masakan barat dan air penyegar dahaga juga ada melengkapkan.
Tak lupa kuih muih, bubur serawa dan hidangan kejuatan Dulang Berkat yang akan dihidangkan selepas berbuka puasa sebagai elemen tambahan. Boleh memuatkan 80 pelanggan pada setiap hari dan tempahan awal sangat digalakkan bagi memastikan semuanya mudah dan senang hati.
Chef Hajah Norziah dan Chef Haji Fauzi bersama hidangan pilihan mereka iaitu Chicken Chop yang pasti mengalirkan air liur apatah lagi bila dapat merasakan keenakannya.
Jualan early bird dibuka sekarang sehingga seminggu sebelum Ramadan pada kadar RM45.90. Harga normal ialah RM51.90 dan boleh dihubungi di talian : 017-653 4133








