SOSIAL MEDIA

26 January, 2023

SCORR MENGULIT KEMBALI IRAMA 90AN DENGAN 'BIDADARI MIMPI'


Kehadiran Kumpulan Scorr dalam industri seni suara tanah air sangat mendapat perhatian pada awal kemunculan mereka pada penghujung 90an. Dengan terlahirnya album pertama "Tanya Sama Hati" pada tahun 2000 telah menjadi sebutan dan telah menarik peminat untuk lebih mengenali mereka, manakan tidak lagu mereka "Bila Hati Dah Sayang" dan "Hari-hari Aku Rindu" mula mendapat tempat dicorong-corong radio tanah air. Kedua-duanya merupakan antara lagu hits dipusat-pusat karaoke yang menjadi antara pilihan peminat lagu-lagu karaoke.


Scorr yang di anggotai oleh Aley (Basis), Ayun (Dram), Aedy (Gitar Utama),Ary (Gitar Kedua) yang merupakan anggota asal Scorr namun mereka menggunakan khidmat Faizul sebagai penyanyi terbaru mereka. Kini mereka mengorak langkah dengan melahirkan single terbaru mereka bertajuk Bidadari Mimpi telah dilancarkan pada Disember,2022 lalu di Youtube dan telah mula mendapat capaian dengan tontonan sebanyak 12,250 tontonan.


Bidadari Mimpi bergenre Balada Rock adalah hasil gubahan dan lirik oleh Adnan Sorek dan muzik disusun oleh Scorr sendiri. Bidadari Mimpi merupakan mengharapan seorang jejaka agar gadis yang diimpikan hadir kedalam hidupnya disaat hidupnya dalam kedukaan, dengan kehadiran yang dinanti dapat merubah segalanya dan hidupnya kembali bersinar.

Amat beruntung apabila majlis sidang media ini turut dirasmikan oleh Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli - Ahli Dewan Negeri Selangor dimana turut bersama menikmati dendangan secara live oleh kumpulan SCORR di studio mereka.


Scorr tidak mahu membandingkan dengan lagu-lagu yang terdahulu namun berharap dengan kehadiran single terbaru ini dapat mengubat kerinduan peminat yang merindui lagu-lagu kumpulan Scorr dan berdoa mendapat tempat dihati peminat-peminat baru zaman ini.

Kepada peminat Scorr yang ingin mendapatkan informasi aktiviti Kumpulan Scorr boleh ikuti Kumpulan Scorr di sosial media juga kerana mereka juga mengikut arus trend terkini dimana Scorr juga aktif disosial media seperti Scorr Entertainment di Instragram, Scorr Entertainment di tiktok dan Scorr Comeback Official di facebook.