SOSIAL MEDIA

12 January, 2023

'SAKSI' MEMBUKTIKAN KESUNGGUHNAN FAYSAL SAAD


Daripada Idola Kecil musim kedua prelude, juara Impress Your Idol 2020, Mikrofon Impian Season 2, juara Karaoke Superstar Astro Ria dan All Together Now Malaysia, Seorang yang berbakat besar dalam nyanyian iaitu Faysal Saad atau nama sebenarnya Faisal bin MD Saad mula mengorak langkah. 

Faysal Saad yang memulakan karier nya sejak berumur 12 tahun lagi kini mampu menarik nafas lega apabila single yang dilahirkan 'SAKSI' kini berkumandang dan mula mendapat tempat di hati ramai.

Tidak hanya pada nyanyian, Faysal juga bergiat aktif dengan pementasaan teater. Terbaru pementasan Upin dan Ipin yang mendapat sambutan hangat tidak hanya di Malaysia bah kan di Singapura dan seterusnya ke beberapa negara.


Menurut Pengarah Wamo NSG Enterprise, En. Ahmad Wafiuddin " kami sangat berbesar hati apabila Faysal sudi untuk bersama dengan syarikat kami. Bakat yang ada pada Faysal sememangnya kami iktiraf antara yang mampu pergi jauh. Tidak hanya Faysal tapi kami juga mempunyai beberapa lagi artis dibawah naugan. 


"Menurutnya Wafi lagi, kesemua artis dibawah naungan kami akan kami persembahankan di atas satu pentas tidak lama lagi. Kehebatan mereka ini akan dibuktikan kepada semua diatas pentas itu nanti.


‘Saksi’ lahir dengan kerjasama Wamo NSG Enterprise, membawa tema kehilangan yang boleh difahamkan mengikut terjemahan masing-masing. “Media sosial banyak membantu saya mengetengahkan bakat nyanyian saya dan lagu Saksi ini tercipta ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua di laksanakan, dan saya harap agar lagu ini di terima ramai”, 

“Setiap orang ada kisah atau memori kehilangan masing-masing, tidak kiralah kehilangan isteri, kerja, anak, kawan dan apa-apa sahaja yang menjadi kenangan, jadi tidak salah rasanay jika saya meluahkannya menerusi lagu”, ujar Faysal ketika Majlis Pelancaran lagu tersebut yang di adakan di Mega Glory Hall Bandar Baru Bangi pada 11 Januari lalu.


Bagi Faysal “Saya cukup meminati bidang nyanyian, malah hampir semua uji bakat saya sertai sejak kecil sehinggalah munculnya TikTok dan Instagram yang menjadi platform dan juga bidang lakonan teater untuk saya lebih dikenali”, katanya.


" Saya berharap suatu hari nanti saya mampu untuk mengapai mimpi berkolaborasi dengan seorang penyanyi lagenda yang bebat setelah melibat bakat yang dimiliki/" ujat Faysal