Foto: Azuddin Ahmad Zin
“Saya sudah tidak sabar untuk mengadakan persembahan pada esok hari apatah lagi ini merupakan kali pertama saya berjumpa dengan semua peminat”, itu kata kata Nadin Amizah sehari sebelum konsert yang bakal diadakan di Zepp.
Konsert yang berkonsepkan ‘Selamat Ulang Tahun’ tapi istimewanya untuk peminat yang di Malaysia, Nadin juga mempersembahkan lagu-lagu yang lain, pada masa sama konsert pertama di Malaysia telah menjadikan satu memori indah buat semua yang hadir pada malam tadi. Beliau juga tampil dengan pelbagai tema merujuk kepada lagu-lagu yang akan dia sampaikan.
Foto: Azuddin Ahmad Zin
Konsert yang membawa Nadin 18 buah lagu diadakan dengan 2 segmen telah memukau lebih dari dua ribu penontan yang hadir di Zepp malam tadi. Nadin membuka pentas dengan lagu “Sebuah tarian yang tak hujung selesai” terus mendapat tepukan gemuruh penonton. Dengan sistem pencahayaan yang lebih mendamaikan serta ‘redup’ membuat penonton turut serta menyanyi bersama Nadin.
Penonton masih menanti dengan sabar dua lagu ‘hits’ beliau Bertaut dan Tumpang pada malam tadi, kedengaran intro dua lagu itu, pekikan dari penonton terus disusuli nyanyian bersam Nadin dan penonton sehingga habis.
Seramai 32 orang telah dibawa terus dari Indonesia demi memastikan konsert ini sukses. Mereka terdiri daripada musisi, krew dan juga penari yang akan menemani saya sepanjang konsert berlangsung,


