SOSIAL MEDIA

19 December, 2022

BARBARIK - PENTAS KERAS, KONSERT ROCK BAKAL MELEDAKKAN FENOMENA ROCK TERHEBAT


BARBARIK itu sifatnya canggung dalam persekitaran. Menongkah arus. Dianggap sebagai ganas. Kurang ketamadunan dan tidak berperikemanusiaan. Namun, didalam konteks muzik rock’ sebaliknya ia adalah usaha untuk menjadi 1 dalam 1000. Meluahkan segalanya dalam kebingitan ‘distortion’ dan 'amplified sound' serta kelantangan vokal. Agar mampu didengari dan menggamit perhatian mereka yang prihatin akan erti perjuangan sebuah kehidupan. BARBARIK itu satu ekspresionisme muzik rock.

Joe atau nama sebenar Abdul Zamin Abdul Kadir 53, siapa yang tidak kenal akan pemain gitar terhebat memberikan gambaran bahawa Konsert Barbarik - Pentas Keras yang bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 24 Disember ini sebagai sebuah konsert rock terhebat diadakan tahun 2022. Persiapan dan latihan sudah dilakukan sebaik mungkin bagi memberikan satu persembahan yang tidak akan di lupakan peminat semua. 


Konsert Barbarik Pentas Keras bukan sekadar konsert biasa, ianya telah diperincikan dengan teliti samada daripada aspek persembahan, teknikal, cerita dan yang paling utama adalah penataan cahaya serta sistem bunyi yang akan menghidupkan sesebuah konsert.

Selain itu, corak persembahan sudah dirancang Joe dengan begitu rapi. Dia mahu memastikan momentum persembahan bersama penyanyi utamanya, Muss dan beberapa penyanyi jemputan akan luar biasa.

"Ia akan dibuka dengan persembahan lima lagu tanpa henti untuk naikkan mood. Susunan lagu-lagu akan disuntik elemen baharu tapi tidak lari jauh daripada susunan asalnya.


Sementara itu, Muss berkata, dia bersetuju menyertai projek Barbarik - Pentas Keras kerana kelainan yang dibawakan Joe. "Kalau ikutkan, saya tak pasti ingin terbabit projek itu sekiranya ia sekadar persembahan sama seperti pernah dilakukan sebelum ini. Tapi, bila dengar perancnagan Joe, ia sangat mengujakan saya.

Kini, atas dasar perjuangan muzik rock yang sudah menjadi darah daging sejak lebih 36 tahun, mereka kembali bersama. Konsert BARBARIK ‘PENTAS KERAS’menjadi medan meraikan kemampuan vokal Muss bergandingan dengan Jo Branko. ‘PENTAS KERAS’adalah satu persembahan yang merangsang minda dan deria penonton dengan muzik sebagai medium perubahan dan luahan suara generasi.

Selain Jo Branko dan Muss sebagai teraju utama, BARBARIK ‘PENTAS KERAS’ juga menjemput 3 penyanyi undangan Mel, Mael XPDC dan Asheed akan diiringi oleh beberapa orang pemuzik profesional seperti Rozaimi (Keyboard), Adi (Bass) dan Ainol (Drum). Konsert yang akan berlangsung pada jam 8.45 malam, Sabtu 24 Disember 2022 di Zepp Kuala Lumpur ini dibawakan kepada anda oleh Anggerik Event Sdn Bhd.

TIKET INFO:

CAT 1RM188.00 ROCK ZONE (STANDING)

CAT 2 - RM368 UPPER DECK (PREMIUM SEAT)

CAT 3 - RM268 UPPER DECK (NORMAL SEAT)

Tiket konsert boleh didapati di laman sesawang: www.ticket2u.com.my Untuk sebarang pertanyaan mengenai tiket hubungi “Live Chat” Ticket2U.