SOSIAL MEDIA

10 November, 2022

KEHILANGAN AYAH MEMBUATKAN CAKRA KHAN KEMBALI MENGUATKAN DIRI UNTUK TERUS KEDEPAN


Cakra atau nama sebenarnya, Cakra Konta Paryaman akan mengadakan Konsert yang dianjurkan oleh Seven Skies Motion bakal berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 20 Januari tahun depan.


Sebuah konsert yang pastinya mengegarkan peminat peminat beliau yang menantikan sekian lama kemunculannya diatas pentas. Pada masa yang sama nanti Cakra Khan turut membawakan 2 artis tempatan yang hebat iaitu Khai Bahar dan Aina Abdul bersama. 

Bila di tanya mengapa tidak menjemput Siti Nurhaliza, jawabnya pada masa yang sama dia ada program tersendiri dan mana tahu mungkin akan singgah semasa konsert nanti.


Penyanyi yang berasal dari Jawa Barat berusia 30 tahun itu berkata bahawa dia kini sudah tahu untuk membezakan keutamaan dan tanggungjawab terhadap keluarga. 

“Saya pernah berada pada saat terendah dalam hidup apabila kehilangan ayah dan kawan baik. Banyak kejadian benar-benar tidak diduga berlaku. Jadi, untuk mengatasi rasa kehilangan itu, saya kembali mengutamakan keluarga dan ibu.


Menurut Cakra Khas “Semasa arwah ayahnya ada, setiap kali ada acara melibatkan nyanyian pasti ayah selalu menghantar dan dia amat bersyukur ayahnya sempat melihat kejayaan saya sebagai penyanyi,”

“Alhamdulillah, konsert ini juga adalah penghargaan untuk arwah ayah. Sehingga sekarang, saya masih terkenang saat ayah tidak sedarkan diri ketika berada di Unit Rawatan Rapi (ICU)."



Cakra Khan bagaimanapun tidak pernah terfikir untuk melepaskan serta meninggalkan kerjaya sebagai penyanyi walaupon ketika berhadapan detik hitam tersebut.

“Dalam erti kata lain sekiranya ibu menghubungi ketika sedang bekerja, saya akan menangguhkan dahulu sebarang aktiviti pekerjaan dan menjawab panggilan yang baginya begitu penting itu,” katanya.


Ditebak soal jodoh, Cakra atau nama sebenarnya, Cakra Konta Paryaman meletakkan kebergantungan kepada ketentuan Allah SWT dalam urusan itu.

Bila di tanyakan mengenai jodoh menurut Cakra Khan, dia tidak mahu terburu-buru memikirkan perkara itu kerana sekarang adalah masa untuknya terus fokus membina kerjaya.

“Jodoh di tangan Allah SWT dan masih dalam aturan-Nya. Ini bukan soal saya memilih, tetapi mahu fokus dengan komitmen kerjaya dan muzik terlebih dahulu,” katanya.