SOSIAL MEDIA

04 September, 2022

D' OTAI BOYZ PERTARUHKAN LAGU TERBARU PERMATA KU



Band D’ Otai Boyz telah ditubuhkan pada tahun 2007 dengan nama asal adalah The Otai Boyz tetapi kumpulan ini hanya dapat bertahan dalam jangkamasa yang singkat setahun sahaja. Pada tahun 2021 mereka berusaha untuk meneruskan kembali kumpulan ini sebagai projek band dan menukar nama ke D’ Otai Boyz. 

D’ Otai Boys dianggotai oleh Boy Botak selaku penyanyi, Man, Lee, Khai, Dzoul dan Nazry. 


Nama kumpulan D' Otai Boys telah dipilih adalah untuk mengenengahkan lagu lagu berentak rock atau lebih sinonim dengan perkataan "Rock Kapak".



Lagu terbaru bertajuk “Permata Ku” berentak lebih kepada Balada Rockestra. Sinopsis lagu ini mengisahkan pasangan yang sedang bercinta tetapi berubah dengan sekelip mata atas sebab-sebab yang tertentu kemungkinan curang atau sakit. Terpulang pada pendengar yang menilaikan.