SOSIAL MEDIA

23 September, 2022

4 DEKAD SLANK BAKAL DI SAMBUT BERSAMA PEMINAT DI MALAYSIA


Sudah lama tidak mendengar berita dari kumpulan terkenal Indonesia, Slank. Aksi-aksi mereka di pentas dengan lagu-lagu cukup bertenaga mereka dirindui ramai terutama para peminat setia mereka di Malaysia. 

Nyata, mimpi dan keinginan para peminat Malaysia bakal berbalas kenyataan apabila kumpulan terkenal seberang itu bakal diterbangkan khas oleh TBRW Global Sdn Bhd untuk bertemu mata dengan peminat setia mereka sambal menyanyikan bersama-sama lagu kegemaran mereka.


Bertempat di Zepp Kuala Lumpur, kumpulan SLANK bakal mengadakan "Konsert 4 Dekad Slank" bermula jam 8.30 malam. Konsert yang bakal berlangsung selama 2 jam ini khas untuk peminat peminat di Malaysia. 


Pihak penganjur iaitu TBRW Global Sdn Bhd berasa cukup terharu dan gembira dengan kesudian Slank untuk muncul di Malaysia setelah sekian lama tidak muncul di Kuala Lumpur khususnya.

“Kami ingin membawakan sebuah kumpulan yang sangat legenda dari seberang dan kami berasa sangat gembira untuk mengumumkan Konsert 4 Dekad Slank yang akan diadakan pada 19 November ini,” ujar Wan Norul Fadly mewakili TBRW Global Sdn Bhd.

Tiket-tiket dengan harga (early bird) Cat 4 (RM298), Cat 3 (RM398), Cat 2 (198) dan Cat 1 (238) harga biasa (normal) Cat 4 (RM318), Cat 3 (RM418), Cat 2 (218) dan Cat 1 (258) akan dijual mulai Jumaat, 23 September ini, pukul 11 pagi di https://www.ticket2u.com.my.