SOSIAL MEDIA

18 August, 2022

HETTY KOES ENDANG BAKAL MENGEGARKAN KONSERT JUBLI EMAS PADA 27HB OGOS INI


Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang serta makan malam esklusif di Manhhatan Ballroom , Berjaya times square Hotel Kuala Lumpur pada 27 Ogos , mendapat sambutan hangat dari peminat peminat Bunda. Setakat ini tiket telah terjual sebanyak 85%.


Sepenjang dua jam beraksi , Hetty akan memastikan setiap penonton akan terhibur dengan lagu lagu yang pernah hits Antaranya Kasih, Berdiri Bulu Romaku, Tak ingin sendiri dan banyak lagi.

Berlangsung di Hotel Berjaya Times Square majlis makan malam yang membariskan barisan pemuzik pemuzik professional , sebanyak 15 buah lagu akan diperdengarkan ,turut mendapat sentuhan pengarah muzik berpegalaman , Datuk Ramli MS.


Gandingan bersama Dato Ramli MS yang bertindak sebagai pengarah Muzik untuk konsert ini pasti akan menjadikan konsert ini luar biasa. Malah menurut Bunda muzik Tok Ram sangat hidup dan sentiasa yang terbaik.

Konsert ini dibawa khas oleh Mahajaya Empire Sdn Bhd . Berkongsi mengenai acara kelolaan Mahajaya Empire menurut Hetty peluang meraikan sambutan 52 tahun sebagai penghibur di Malaysia adalah satu hadiah yang paling manis buatnya.

Sempena bulan kemerdekaan ini , pihak Mahajaya Empire Sdn Bhd menawarkan potongan harga tiket sebanyak 31% bagi tiket platinum

Bagi yang ingin membeli tiket bole lah melayari ilassotickets.com atau hubungi 0192299717.

Harga tiket bermula dari RM11,700 – VVIP (Table for 6 pax)

RM8,700 – VIP (Table for 6 pax)

RM6,640 – Platinum (Table for 8 pax)

RM4,560 – Gold (Table for 8 pax)

VVIP RM1190.00 (per pax)

VIP RM1450 (per pax)

Platinum RM830 (per pax)

Gold Rm570 (per pax)

Untuk pembelian meja boleh menghubungi / whatsapp Encik Kadir 0129858809