SHAH ALAM, 26 APRIL 2022 - Dalam kita bergembira meraikan Hari Raya Aidilfitri, nasib golongan seperti anak yatim dan gelandangan tidak seharusnya dilupakan. Biarpun Ramadan sudah hampir tiba ke penghujungnya, namun ia bukanlah penghalang kepada Universal Music Malaysia, Beegood Music dan Masyhur untuk terus menyantuni anak-anak kurang bernasib baik ini menerusi acara #Kongsirezeki.
Antara artis daripada Universal Music Malaysia dan Beegood Music yang memeriahkan majlis ialah Yonnyboii, Luca Sickta, Rief Danial, Juki, Naufal Azrin, Nuha Bahrin, Siqma, Asyraf Nasir dan Mestica.
Acara #Kongsirezeki mula diadakan sejak tahun lalu di empat buah rumah anak yatim dan gelandangan. Namun tahun ini, disebabkan oleh pandemik COVID-19, hanya satu saja acara dapat dilakukan yang bertempat di Dataran Barat SACC Mall Shah Alam yang berlangsung pada 26 Apri, Selasa.
Pengurus Pemasaran dan Promosi Domestik Universal Music Malaysia, Anne Mukhtar berkata, biarpun tahun ini mereka hanya sempat mengadakan satu acara saja, tetapi ia diadakan secara besar-besaran.
“Tahun ini kami meraikan dan bermesra dengan kira-kira 30 tetamu istimewa daripada dua buah rumah yang terdiri daripada pelajar tahfiz daripada sebuah maahad tahfiz serta anakanak dari Rumah Jagaan Al-Hidayah, Jalan Gumey.
“Kita memang merancang untuk mengadakan acara ini dengan meriah pada tahun ini, tetapi ” disebabkan pandemik dan bimbang sekiranya berlakunya Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) sekali lagi, begitu juga ketidak pastian mengenai prosedur operasi standard (SOP) dan Sebagainya, maka tahun ini kami memilih mengadakan satu acara saja.
Bagi memberkati majlis , Munif Hijjaz dipilih memimpin bacaan doa. Majlis turut diserikan dengan persembahan daripada artis popular tanah air bagi menghiburkan tetamu istimewa dan juga Beegood Music, DJ Protective Consultancy, SACC MALL, Universal Music Malaysia dan PPIM turut memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.
Acara #Kongsirezeki turut disokong oleh SACC MALL, Kompleks PKNS, Sumbangan.com, Infaq Rezeki, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan DJ Protective Consultancy Sdn Bhd.










