Kemeriahan industri seni suara tahanair kini membawakan XANADU RECORDS untuk memperkenalkan 3 artis dibawah kelolaan mereka. 3 artis ini adalah Syawal Iqbal, Putera Saif dan Syafiqah Adlina.
Penuntut Sarjana Pentadbiran Perniagaan Unikl, Syawal Iqbal atau nama penuh Muhamad Syawal Iqbal bin Mahhassan pernah mewakili negeri Kelantan sebagai pemain golf remaja. Bakat bermian golf itu diperolehi daripada bapanya seorang pengurus sebuah resot golf di negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.
Kini meski bergelar penuntut beliau mash aktif bermain golf mewakili syarikat-syarikat swasta menyertai pertandingan golf di seluruh Malaysia. Minat menyanyi sejak kecil juga dipengaruhi oleh bapanya seorang `tukang karut’ dikir barat.
“Memang ada cita-cita untuk menjadi artis rakaman, tapi tawaran dari teman media sosial itu diluar jangkaan kerana saya tidak banyak buat `cover ’ yang dimuat naik di media sosial kerana keutamaan pada pelajaran. “Ia seperti orang mengantuk disorongkan batal”.
Syafiqah Adlina masih lagi menuntut di Tingkatan 5 SK Subang Utama. Meminati bidang nyanyian sejak kecil. Pernah menyertai pertandingan menyanyi ketika darjah 6 secara senyap-senyap dari pengetahuan keluarganya dan menjadi juara. Pendemik Covid19 tidak secara langsung menyekat minatnya untuk menyertai pertandingan di peringkat sekolah, namun menyanyi tetap menjadi rutinnya sebaik selesai kelas Pdpr.
Lagu Dondang Sayang Raya, lagu copyright control dan telah diiktiraf oleh Unisef sebagai Warisan Budaya Malaysia sejak 2018 dan pantun nukilan TyraSyaf. Ia sebagai eksperimen atau percubaan kepada adik Syafiqah Adlina dalam menyampaikan lagu-lagu berentak tradisional. Bagaimanapun tidak bermakna sebagai genre tetap nyanyianya pada masa-masa depan.
Putera Saif pernah menyertai Tilawah Al-Quran Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Sekolah 2017. Penerima MySilat MyFest 2015 (World Record Certificate) The Malaysia Book Of Records. Pelajar Management And Science University (MSU) Bachelor Human Capital Management. Beliau berusia 22 tahun.
Seorang pelajar yang sangat aktif dalam pelbagai bidang termasuk seni suara. Novel Cinta ciptaan Ayen Azren dan lirik oleh TyraSyaf mengisahkan tentang seorang pemuda yang memuji kesetiaan kekasihnya meski dia bukanlah seorang ternama atau berpangkat.



