SOSIAL MEDIA

10 January, 2022

HIJRAHKAN LAGUKU MENOBATKAN SHAHIR SEBAGAI JUARA

Hijrahkan Laguku musim pertama menobatkan Shahir Zawawi sebagai juara, yang bersiaran secara langsung dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah pada malam Sabtu.


Shahir yang membawakan lagu MADAHKU yang mana lagu asalnya Madah Berhelah nyanyi Ziana Zain dalam segmen solo membuahkan hasil disenangi oleh 3 juri iaitu Fauzi Marzuki, Ustaz Hazamin (Inteam) dan Ustaz Don Daniyal.

Turut dalam saingan segmen duet bersama Dato Nash dalam menyampaikan lagu Perjalanan Jiwa yang mana lagu asalnya nyanyian Sweet Charity bertajuk Kamelia. Rata rata para juri sangat berpuas hati dengan persembahan dan nyanyian yang disampaikan.

Kejayaan serta kemenangan telah melayakkan Shahir atau nama penuh beliau Ahmad Shahir Zawawi, membawa pulang hadiah Trofi dan wang tunai berjumlah RM100,000.



“Alhamdulillah dengan rezeki kemenangan yang dinobatkan dalam program ini, walaupun kami semua sebenarnya tidak tahu apa hadiah yang ditawarkan di pentas akhir ini. Saya harap program ini akan tampil dengan musim kedua dan seterusnya menjadi platform terbaik untuk anak seni menyebarkan dakwah menerusi lagu dan persembahan,” ujar Shahir.








Dalam pada itu, persaingan yang sengit dapat disaksikan semalam di mana markah keseluruhan yang dikumpul oleh Shahir adalah sebanyak 72 peratus, Datuk Nash (71 peratus), Mark Adam (63 peratus) dan Iwan Syahman (62 peratus).