Mempertaruhkan bunyi yang lebih segar untuk dunia muzik tempatan dan serantau, Shalma Eliana atau kini dikenali sebagai Yana kembali dengan sebuah lagi karya terbaru bertajuk "YOUR LOSS".
Biarpun baru menyelinap masuk industri muzik tempatan sejak beberapa tahun ini, Shalma Eliana sentiasa mencuri perhatian dengan imejnya yang menarik serta gaya muziknya yang luar biasa.
Lagu ini juga memberi peluang untuk dirinya menjenamakan semula nama pentasnya menjadi Yana. “Saya anggap YOUR LOSS sebagai permulaan kerjaya saya. Permulaan yang baharu kerana lagu ini ditulis sepenuhnya oleh saya sendiri secara 100%.
Saya tidak pernah yakin untuk berkongsi karya nukilan sendiri dengan pihak umum sebelum ini. Lagipun lagu ini ditulis di tempat yang paling murni dan tulen iaitu di rumah saya sendiri. Dan di rumah semua orang memanggil saya Yana. Oleh kerana itu Yana adalah diri saya yang sejati. Sebab itu saya memilih nama YANA.
Lagu ini menceritakan tentang sesuatu yang dapat difahami oleh ramai orang kerana memberi fokus kepada tema pengkhianatan. Ia juga mengingatkan semua pendengar bahawa pengkhianatan tidak seharusnya menjadi punca kegagalan seseorang dan kita tidak harus merasa rugi jika ada yang gagal menghargai diri kita.Karyaini turut mengingatkan semua orang untuk menjadi versi terbaik diri masing-masingdan kehidupan inisebenarnya adalah satu proses pembelajaran. Berbeza dengan karya-karyanya sebelum ini yang lebih menjurus kepada irama rancak dan tarian, YOUR LOSS adalah sebuah balada pop yang sarat dengan mainan emosi.
“Alhamdulillah, proses menulis lagu ini berjalan dengan lancar. Saya masih ingat saat saya pulang ke rumah dengan pelbagai emosi dan terus menulis lagu ini, kemudian menyanyikannya dengan serta-merta. Ada beberapa bait lirik yang saya tulis sewaktu pergi berkhemah. Ia lagu yang tak dijangka. Terjadi begitu sahaja". Dia mengambil masa untuk merakam lagu ini dan dibantu oleh Izzy, Shae serta Imar sepanjang proses. Walaupun ini kali pertama bekerja dengan mereka, dia benar-benar menikmati proses tersebut. “Kami semua mempunyai visi yang sama sewaktu fasa perancangan, dan segalanya tersusun dengan baik. Semua orang tahu apa yang saya mahukan. Secara keseluruhan, sangat senang untuk bekerja dengan mereka yang komited dan memahami diri kita,” tambahnya lagi.
Proses rakamannya klip video berjalan dengan sangat lancar. Proses rakaman video mengambil masa sehari untuk selesai. Kami bermula pada jam 7 pagi dan selesai jam 12 tengah malam. Ia ada semua yang kami rancangkan dan saya rasa ia sangat luarbiasa diberi peluang meluahkan perasaan melalui lagu ini.
Yana turut menerima plak Anugerah Emas selepas berjaya meraih keuntungan lebih 250,000 daripada karyanya di Universal Music Malaysia.
“Saya sangat berharap para pendengar akan menyukai lagu ini dan mampu memahaminya seperti mana saya mengertikannya. Ia dihasilkan dengan tulus dan merupakan lagu paling murni pernah saya hasilkan. Ia juga karya nukilan sendiri pertama yang saya berani kongsikan dengan dunia. Saya harap tiada lagi yang keseorangan selepas mendengar lagu ini,” ulasnya Yana mengakhiri bicara.