SOSIAL MEDIA

29 November, 2021

KECINTAAN, KEINSAFAN HIJRAHKAN LAGUKU KONSERT MINGGU KE-2

Hijrahkan Laguku minggu kedua ini masih menyaksikan  persembahan daripada lapan penyanyi hebat dengan lagu dan lirik yang berkonsepkan Islamik sekali pun lagu tersebut berlainan lirik asalnya.


Program realiti yang disiarkan secara langsung dari studio TV Al Hijrah setiap Sabtu jam 9 malam. Faizal Ismail dan Bell Ngasri telah diberikan tanggungjawab sebagai pengacara program bagi menceriakan suasana sekali pun ianya sebuah program dakwah.


Tugasan berat setiap minggu bagi 3 panel juri. Juri tetap iaitu Fauzi Marzuki bersama 2 lagi juri jemputan Prof. Madya Dato' Dr Mohd Izhar Ariff Hazamin ( Inteam ) bagi mengadili setiap persembahan peserta dari segi nyanyian dan juga pengisian lirik lirik yang disampaikan.




Zaf V.E ( Can't Live My Life Without You )



Zack Kool ( Bisikan Kalbu )


Setiap peserta diberikan tanggungjawab menyampaikan lagu yang telah diubah liriknya bagi menyesuaikan dengan konsep program yang bertemakan Islamik.

Iwan Shahman ( Solatlah Dulu )



Mark Adam ( Rapuh )



Dato Nash ( Asli )


Setiap juri memberikan komen komen yang positif pada setiap peserta dimana nyanyian dan lirik yang memberikan impak dalam diri. Lirik yang memperlihatkan Kecintaan, keinsafan, kerohanian dan banyak lagi.

PG Adam ( Ampuni Aku )



Rahmad Mega ( Jangan Lupa Diri )



Shahir Zawawi ( Kepadamu Kekasih )


Untuk minggu kedua ini Dato Nash telah dipilih sebagai pemenang persembahan terbaik dan menerima wang sebanyak RM3000 yang akan diberikan kepada Pusat Genius Kurnia, Sentul.