Gegar Vaganza musim ke 8 kini kembali mewarnai hiburan tanah air. Sebuah program yang dinanti nantikan oleh jutaan peminat artis artis kesayangan mereka yang setelah sekian lama tidak beraksi.
Bersama 2 pengacara yang tidak perlu diperkenalkan lagi sekali lagi merancak kan setiap malam ahad anda dengan celoteh serta aksi yang melucukan. Nabil Ahmad dan Jihan Muse untuk sekian kalinya akan tetap bernyanyi dipembukaan rancangan.
Seperti kebiasaannya juri juri tetap serta jemputan akan mengadili setiap penyampaian dan persembahan para peserta. Dato Ramli MS , Hetty Koes Endang dan Syafinas diberikan tanggungjawab yang penting bagi memastikan kualiti nyanyian di tahap yang tertinggi.
Minggu pertama ini menyaksikan para peserta memberikan persembahan serta nyanyian yang terbaik. Seramai 13 peserta yang terdiri daripada 5 artis wanita solo iaitu Nikki, Suki Low, Adibah Noor, Ani Maiyuni, Upiak Isil . Manakala bagi artis lelaki Fazley Yaakob, Aweera, Azan Scan, Shidee, Aliff Aziz dan Bandi Amok serta 2 berkumpulan iaitu NICO ( Nico , Dino dan Affa ) dan SAYA ( Syaiful Apek dan Yassin ).