SOSIAL MEDIA

01 May, 2020

MUKARAKAT BANGKIT LAGI DENGAN "NAME OF SURVIVORS"

MUKARAKAT KINI KEMBALI MENGHANGATKAN DUNIA HIP HOP / RAPPED DENGAN SINGLE TERBARU N.O.S (NAME OF SURVIVORS)




Seperti yang mungkin kita semua ketahui, muzik MukaRakat berorientasikan hip-hop tradisional atau lama. kumpulan yang berasal dari Nusa Tenggara Timur, Indonesia ini dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Lipooz, DirtyRazkal, D'Flow, I'm Rapholic, dan DJ Geramar. 

Begitu juga dalam single terbaru mereka berjudul "N.O.S (Name of Survivors)", mereka masih memilih lagu hip-hop old school untuk trek mereka.




Jika dilihat dari penceritaan lirik lagu ini, ianya mengisahkan pengalaman perjalanan mereka dalam industri muzik selama ini, di mana kerja keras, usaha gigih, serta sokongan dari ramai individu menjadikan mereka terus kuat berusaha demi minat mereka.

"Mesej yang dibawa lagu ini adalah bagi mencapai setiap kejayaan ianya memerlukan usaha yang gigih, perlu enjoy setiap proses dan tentu saja perlu ada keikhlasan yang tulus dalam berkarya," kata Lipooz.

Apa yang menarik, mereka turut memasukkan kosa kata bahasa daerah Nusa Tenggara Timur ke dalam lirik. Satu cara yang bijak dalam usaha memperkenal dan menyebarkan budaya Indonesia Timur dengan lebih meluas.

Dari segi bunyi, susunan muzik dari MukaRakat untuk single "N.O.S (Name of Survivors)" masih tetap menggunakan konsep hip-hop lama seperti dalam single mereka sebelum ini.





Syarikat rakaman Def Jam Indonesia sekali lagi memberikan yang terbaik untuk peminat muzik hip-hop/rap. Bagi yang mungkin tidak tahu, Def Jam adalah label hip hop terbesar di dunia, di bawah naungan Universal Music dengan fokus kepada genre muzik ‘vibrant‘ hip hop, rap dan R n' B.


Walaupun tiada perbezaan khusus dalam susunan muzik, mereka telah menambah sesuatu yang baru iaitu penggunaan bunyi bass yang lebih old school, yang tentu saja lebih raw. Mereka turut memasukkan bunyi-bunyian daripada alat muzik tradisional Nusa Tenggara Timur sebagai fill-ins di beberapa bahagian. Alat muzik tradisional dan bahasa daerah dari tempat asal mereka memang sering digunakan dalam setiap karya mereka. "Penggunaan bahasa daerah adalah karakter dan juga identiti MukaRakat," tambah Lipooz.

Kekuatan rima, flow yang pantas dan lancar, kombinasi muzik etnik dan moden, identiti kearifan tempatan (local wisdom), dan kritikan sosial adalah elemen utama bagi karya MukaRakat untuk tetap berada di pentas muzik hip-hop dan juga dalam industri muzik negara itu.