SOSIAL MEDIA

08 May, 2020

BUNKFACE MINTA "TOLONG"

Terima kasih kepada semua yang menolong kami untuk menghasilkan muzik video ini. Harap semuanya dalam keadaan sihat dan selamat sentiasa. Setinggi tinggi penghargaan kepada seluruh "frontliners" yang teguh berada dibarisan hadapan untuk melindungi rakyat Malaysia, terutamanya pihak KKM , PDRM , ATM , Institusi Kewangan , Industri Pemakanan dan Penghantaran yang banyak memudahkan urusan harian kami ketika tempoh PKP ini , terima kasih!


Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul “TOLONG” . Lagu ini mengisarkan tentang keadaan dunia ketika memerangi wabak virus “Covid-19” dimana seluruh umat manusia menjalani proses kuarantin atau pun “Lock Down” dan diminta untuk duduk di rumah sahaja.


Muzik video lagu “TOLONG” juga dihasilkan atas usaha tolong menolong dikalangan peminat bunkface dan rakyat Malaysia.

“Kami berharap lagu ini dapat memberi sedikit sebanyak sokongan moral kepada rakyat seluruh rakyat Malaysia, kami sedar dalam keadaan yang agak terbatas sekarang ini, hampir tiada sesiapa pun yang tidak terjejas sama ada dari segi zahir atau pun batin. Percayalah, penyatuan kita sebagai satu komuniti manusia akan mampu menangani apa jua masalah, Insya Alllah.” – Bunkface.