SOSIAL MEDIA

26 April, 2020

SYAMEL MENGABADIKAN PETUGAS BARISAN HADAPAN DENGAN "WIRA DI HATI"

SYAMEL MENGABADIKAN "WIRA DI HATI" ISTIMEWA BUAT SEMUA PETUGAS BARISAN HADAPAN YANG MENGADAIKAN NYAWA DEMI MALAYSIA.



Selepas muncul dengan single ‘Curang’ tidak lama dulu, penyanyi dan pencipta lagu berbakat Syamel muncul dengan sebuah lagi lagu istimewa sebagai tanda penghargaan untuk para pekerja barisan hadapan atau ‘frontliners’ yang berkorban demi rakyat dalam menangani wabak Covid-19. Lagu yang berjudul ‘Wira di Hati’ ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Syamel sendiri dan diterbitkan oleh Zimi Sofarz.




Menurut Syamel “'Wira di hati', merupakan penghargaan buat pihak barisan hadapan (frontliners) kita yang bertungkus lumus, menggadai tenaga dan nyawa untuk menyelamatkan kami, rakyat Malaysia semasa wabak Covid-19.




Lagu ini membawa satu penyampaian yang sangat besar, dari kami, buat barisan hadapan di luar sana. Selain itu, lagu ini juga turut memaparkan ucapan penghargaan dari kami, rakyat Malaysia dan juga ucapan daripada barisan hadapan sendiri.”

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records, ”Lagu Ini merupakan lagu yang sesuai untuk menghargai pengorbanan para frontliners dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati para pendengar radio yang bakal menjalani ibadah puasa .”