SOSIAL MEDIA

09 April, 2020

FARIZ JABBA DAN OMARKENOBI BERGABUNG UNTUK "KALAH"

Fariz Jabba dan omarKENOBI jujur dengan kreativiti mereka dalam menghasilkan "Kalah": satu akuan bahawa tiada kompromi dalam memelihara integriti artistik dalam dunia hip hop.


SINGAPURA, 10 APRIL 2020 - Fariz Jabba, seorang rapper, penyanyi dan penari bekerjasama dengan produser dan rapper omarKENOBI untuk kali pertama dalam "Kalah". 

Berikutan lagu "Masa" dari Fariz Jabba, lagu yang pernah menggoncang peminatnya dan memperoleh 2.5 juta aliran di Spotify dan hampir 1.5 juta tontonan di YouTube, "Kalah" bakal menggantikan kejayaan itu. 


Mesej yang disampaikan oleh "Kalah" sangat jelas: Fariz Jabba dan omarKENOBI tidak akan pernah kalah. Apabila "Masa" dilancarkan, Fariz Jabba mula mengubah haluannya untuk tidak terbatas kepada rap sahaja. Kejayaan single ‘Masa’ telah mematikan semua keraguan yang pernah wujud tentang bakat nyanyian Fariz Jabba. "Kalah" menguatkan lagi pegangan artistiknya: paduan suara yang mantap, digabungkan dengan keyakinan diri yang tinggi. 


"Kami memutuskan tidak akan berfikir dua kali tentang perasaan kami ketika kami menulis lirik lagu ini, jadi lirik yang kedengaran seperti mengarut dan lucu dalam lagu ini adalah pemikiran saya yang paling jujur," akui Fariz Jabba. Keyakinan diri tidak akan mudah diperolehi, melainkan melalui cara artis menangani masalah semasa bekerja dan dalam kehidupan sehariannya: "Tidak kira berapa banyak masalah yang timbul, kekalahan bukan pilihan!" Fariz Jabba tidak akan pernah menyerah kalah.


omarKENOBI, produser dan rapper bagi lagu ini, mencipta beat untuk ‘Kalah’ di studio rumahnya bersama Fariz Jabba. Trek hip hop berinspirasikan Trap ini dicipta berdasarkan kebebasan artistik yang tidak tersasar dari tujuan asalnya. “Apa yang bermula sebagai satu lagu yang menghiburkan untuk Fariz dan saya ternyata menjadi sesuatu yang lebih besar. Mencipta ‘Kalah’ adalah salah satu momen menghiburkan yang tulus dan saya sangat teruja ketika saya mengetahui lagu ini mendapat kelulusan untuk dilancarkan,” kata omarKENOBI.

‘Kalah’ adalah solo kedua untuk rapper omarKENOBI yang pernah tampil dalam single Sam Rui, Emir Hermono dan Fauxe.

Lagu yang diintegrasikan dan dicipta berdasarkan daya kreativiti dan artistik hebat oleh kedua-dua rapper ini pasti membuat pendengar merasai ketulusan dan ketelusannya seperti kata pepatah melayu ‘apa tampangnya itulah tumbuhnya’, dan tumbuhnya adalah lagu yang terbaik.