SOSIAL MEDIA

16 February, 2020

ROMANTIKA AWIE DAN ERRA

KONSERT AWIE ROMANTIKA YANG SANGAT ROMANTIK DAN PENUH DENGAN DRAMA.


Tanggal 15hb Februari 2020, Konsert Awie Romantika telah diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam dengan menyaksikan kehadiran peminat peminat awie dan erra memenuhi segenap ruang.

Sebuah konsert yang sekian lama untuk persiapannya dengan jalinan sessi latihan yang padat serta mengadakan road tours ke segenap tempat bagi memastikan kejayaan konsert ini.


Konsert Awie Romantika ini adalah bagi meraikan sambutan jubli perak ( 25 tahun ) Awie selama dalam industri seni tanahair. Bermula dengan berkumpulan dan seterusnya sebagai penyanyi solo juga bergiat dalam lakonan.





Sebanyak 23 buah lagu solo dan duet didendangkan merangkumi lagu lagu yang hit dan rancak bertenaga serta lagu lagu ballad. Awie telah memulakan konsert dengan menyampaikan lagu Funky Monyet , rock n Roll ROnda Ronda dan Matahati Jiwa.




Di Bayang Awan , Tiada Rahsia Antara Kita , Bara , Diambang Wati dan Ratuku adalah antara medley yang disampaikan oleh Awie yang membuatkan stadium semakin hangat.


Teman duet Awie adalah Erra Fazira yang turut sama menjayakan konsert Awie Romantika ini, menyampaikan lagu Pertemuan an Hanya Di Mata daripada album Erra sendiri membuatkan peminat rasa terubat kerinduan untuk mendengar nyanyian nya.







Pasangan Awie dan Erra ini juga turut menyampai banyak lagu lagu berduet antaranya Dua Insan, Yang Terindah Hanya Sementara, Ukiran iwa, Jangan Ada Dusta dan banyak lagi. Nyanyian gabungan yang mantap kerana adanya 'pertalian' antara mereka memberikan satu impak yang maksima pada semua yang hadir.


TERKEJUT TAK ? Kejutan buat Hjh Erra Fazira daripada Awie dengan membawa kek hari lahir di atas pentas. Erra terkedu dan terdiam tidak dapat berkata kata atas kejutan itu. Ini lah antara perkara perkara yang manis terjadi di atas pentas Konsert Awie Romantika.




Banyak Drama yang terjadi di atas pentas antara Awie dan Erra semasa konsert ini. Sketsa dan lakonan dipertontonkan yang mana mengimbau kembali satu ketika dahulu perhubungan antara mereka . Namun ianya hanyalah diatas pentas sahaja bagi menyemarak kan lagi jalan cerita bertema ROMANTIKA.








Pernampilan khas daripada kumpulan JBORN yang terdiri daripada Khir Rahman, Joey dan Vicha yang mana telah menghangatkan pentas dengan sketsa lawak mereka. Dari permulaan cerita semua yang hadir tak lekang dari gelak ketawa dengan aksi aksi mereka ini.









Penataan cahaya yang sangat memukau dan cantik serta sistem bunyi yang hebat serta padat telah memberikan kepuasan kepada semua penonton yang berada di stadium ini. Syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan konsert Awie Romantika ini.