Big Stage musim ke-2 2019 bakal melabuhkan tirainya seminggu sahaja lagi. Siapakah yang bakal bergelar JUARA BIG STAGE 2019 ?
Pada minggu separuh akhir ini, 7 peserta terus bersaing dengan 2 tugasan iaitu solo dan duet. Mereka perlu mengerahkan tenaga yang lebih dari segi nyanyian dan persembahan bagi memuaskan hati kesemua 3 orang juri. Adzrin, Kucaimars, Neeta, Fieya Julia, Irfan Haris, Han Byul dan juga Dinda Permata yang bersaing untuk meneruskan perjalanan ke peringkat akhir 6hb Oktober nanti.
Seperti minggu minggu sebelumnya, gandingan perngacara Alif Satar dan Sherry Alhadad akan terus menceriakan rancangan realiti ini.
Juri jemputan pada minggu separuh akhir ini adalah Tam Spider, memulakan persembahan yang menarik sebelum menduduki kerusi juri.
DINDA PERMATA BERDUET DENGAN IDAYU
IRFAN HARIS BERDUET DENGAN AMIRA OTHMAN
ADZRIN BERDUET DENGAN AMELIA
NEETA BERDUET DENGAN HAEL HUSAINI
FIEYA JULIA BERDUET DENGAN LIZA HANIM
KUCAIMARS BERDUET DENGAN SAM BUNKFACE
HAN BYUL BERDUET DENGAN SITI SARAH
Judika memberikan satu persembahan istimewa buat penonton yang hadir. Ternyata nyanian dari beliau amat ditunggu tunggu oleh semua yang hadir dan penonton di rumah. Suara yang sememangnya sangan hebat.
Kucaimars , Irfan Haris dan Fieya Julia mendapat kedudukan markah 3 terendah. Setelah semua jumlah pengundian di kira, perjalanan Fieya Julia dan Kucaimars terhenti setakat minggu separuh akhir manakala Irfan Haris terselamat dan seterusnya akan bersama untuk peringkat akhir nanti.























































