SOSIAL MEDIA

12 July, 2019

TOKO KlLAT PEMACU API TOUR 2019

Kuala Lumpur, 11 Julai 2019 - TOKO KILAT muncul dengan PEMACU API TOUR 2019 yang dipersembahkan oleh DISQOVR. Kumpulan yang sudah berdiri selama dua (2) tahun tersebut disokong oleh The Gasket Alley selaku penganjur untuk 'turun padang’ bersama-sama merapati para peminat industri muzik seni tanah' air dalam satu (1) rangka jelajah. 


Bukan hanya TOKO KILAT namun kumpulan yang dianggotai oleh lima (5) orang pemuda ini juga akan disertai oleh pemuzik dan vokalis terkenal Malaysia, Noh Salleh di tiga (3) buah negeri. Bermula 17 Ogos 2019, TOKO KILAT dan Noh Salleh akan bertemu peminat mereka di Pulau Pinang. lni diikuti dengan Johor Bahru pada 24 Ogos 2019 dan venue akhir merupakan The Gasket Alley yang terletak di Petaling Jaya pada 14 September 2019. 

TOKO KILAT yang dibarisi oleh Edwin Raj (vokal), lrfan lskandar atau dikenali sebagai Cipan (drum) Mohamed Redzuan atau Wan (bass), Noor Azhari atau Toya (gitar) dan Syaiful Taufek atau Paul (keyboard) menjanjikan persembahan yang akan meninggalkan momen tersendiri buat para peminat mereka. 



Menurut Edwin selaku vokalis TOKO KILAT, setelah dua (2) tahun muncul dengan album studio dan melakukan persembahan mahu pun gig, mereka kini tampil dengan album perdana yang memperkenalkan single RATU MALAM bersama muzik video. Album ini di-adun (mastered) di Abbey Road, UK dan Sterling Sound, Amerika Syarikat. ”Kini kami dalam misi dan visi untuk muncul dengan ’most anticipated album tour of the year’ yang diberi judul Pemacu Api Tour 2019 buat para peminat yang sudah lama menantikan album penuh dari TOKO KILAT,” ujar Edwin yang mewakili kumpulannya. 

Menurut Edwin lagi, TOKO KILAT merupakan gabungan para pemuzik dari pelbagai kumpulan. Dedikasi setiap para personal yang membuatkan mereka muncul kembali, malah lebih bersemangat! Ini merupakan kedatangan kali kedua buat mereka! 



NOH SALLEH yang turut serta dalam siri jelajah ini akan tampil dalam sesi akustik yang digarap khas bagi persembahannya di dalam siri jelajah PEMACU API TOUR 2019 dan beliau turut akan mempromosikan hits terbarunya DEBU BERCAHAYA.



Rilisan KASET pertama TOKO KILAT mendapat respons hebat dengan habis terjual SOLD OUT!, dan ini menambahkan keyakinan mereka untuk mengeluarkan lebih lagi produk fizikal dan memperingatinya bersama peminat dalam siri jelajah ini nanti. 

"Setiap persembahan akan menyajikan sistem bunyi dan pencahayaan yang spektakular untuk para peminat sama-sama merasai pengalaman TOKO KILAT menyiapkan album sulung kami,” ujar lrfan. 


Untuk segala infomasi dan perkembangan terkini, para peminat boleh melayari laman web (www.tokokilatband.com atau media sosial mereka di lnstagram (@tokokilatband) atau Facebook (www.facebook.com tokokilatband/).



Lagu-lagu TOKO KILAT boleh didapati di SPOTIFY, Apple Music, JOOX, KKBOX dan Deezer. 

PEMACU API TOUR 2019 turut ditaja oleh FRED PERRY, WARDROBE dan MONSTER ENERGY. 

INFOMASI PEMACU API TOUR 2019

Tarikh dan lokasi:

17 Ogos 2019 - Loft 29 @ George Town, Pulau Pinang.

24 Ogos 2019 - Sunway lskandar @ Nusajaya, Johor Bahru.

14 September 2019 - The Gasket Alley @ Kuala Lumpur.

Masa: 6.00pm - 11.55pm 

Harga tiket:

Early Bird @ RM30 [Tiket masuk + Keychain + Sticker Pack + Poster]

Pre-Sale @ RM40 [Tiket masuk + Keychain + Sticker Pack + Poster] 

Door @ RM50 [Tiket masuk] 

Dapatkan tiket Pemacu Api Tour 2019 hanya di www.tokokilatband.com