SOSIAL MEDIA

16 July, 2019

PENCARIAN BAKAT I-SING MALAYSIA 2019

Kuala Lumpur, 16 Julai 2019 - Pada sidang media hari ni menyaksikan mementerai perjanjian di antara I-Sing Malaysia dengan Kuala Lumpur International Chambers of Commerce (KLICC).  Pertandingan l-Sing World ini telah diasaskan oleh Mr Yuro dari l-Sing Management. 

Tujuan I-Sing World ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dari bidang nyanyian yang bertujuan untuk di pertandingkan ke peringkat antarabangsa. 

l-Sing World edisi pertama telah diadakan pada tahun 2017 bertempat di Myanmar dan pada tahun 2018 ia telah beralih lokasi ke Paris, Perancis manakala pada tahun 2019 ini ianya akan berlangsung di Sepanyol pada bulan November 2019.  Penyertaan sebanyak 40 negara bakal menghantar wakil mereka untuk menyertai pertandingan I-Sing kali ini.

   

Untuk mereka yang ingin menyertai pertandingan ini, setiap peseta mestilah berumur 17 tahun dan ke atas. Terdapat dua (2) kategori iaitu solo lelaki dan solo perempuan. I-Sing Malaysia 2019 merupakan tahun ketiga penganjuran dan mendapat sambutan yang hangat dari para peserta seluruh Malaysia. 


Pada tahun 2018, Malaysia yang diwakili oleh Syafeek Ikhwan telah menjadi Juara bagi pertandingan I-Sing World 2018 yang berlangsung di Perancis. Pertandingan I-Sing Malaysia ini diketuai oleh Mr Michael Samy dari Rhythmis Mine Studio.



Peringkat Saringan pada tahun 2019 ini bakal berlangsung pada 20 dan 21 Julai 2019 di KL Gateway Mall. KL Gateway Mall merupakan Venue Sponsor bagi I-Sing Malaysia pada tahun ini. Penyertaan peserta pada tahun ini sangat memberangsangkan dan sudah mencecah lebih daripaa 100 peserta yang bakal mencuba nasib dan menjalani peringkat saringan dan final.



I-Sing Malaysia 2019 ini juga menjalinkan hubungan kerjasama dalam penganjurannya bersama KuaIa Lumpur International Chamber of Commerce (KLICC) yang diwakili oleh YBhg Dato' Hashim Salleh yang merupakan Presiden KLICC. Jalinan kerjasama ini dibuat dengan harapan lebih ramai lagi pihak akan ’membuka mata' terutama pihak Kementerian Kesenian dan Kebudayaan untuk melihat I-Sing Malaysia sebagai platform terbaik dalam pembentukan bakat-bakat baru sebagai Penghibur dan Penyanyi diperingkat Antarabangsa.






Pihak I-Sing Malaysia juga sangat mengalu-alukan semua pihak yang berminat untuk memberikan penajaan dalam pertandingan ini kerana penajaan yang diberikan akan memberikan nilai tambah yang Iebih besar terhadap penganjuran tahun ini dan membawa faedah pemasaran kepada pihak yang menaja bagi pertandingan ini. Pihak I-Sing Malaysia juga memberikan peluang seluas luasnya untuk para usahawan dan founder produk untuk membuka booth mereka dalam usaha untuk mempromosikan produk mereka dan juga memeriahkan pertandingan ini sepanjang peringkat saringan berlangsung.