“FINESSE : THE 16 BARIS STORY”
"if lt ain't luck / Then it: was meant to be"- SonaOne pernah menyanyikan kata-kata ini
(yang bermaksud jika ia bukan nasib, bererti ia adalah takdir) dalam persembahan
rapnya sewaktu persembahan spontannya yang memukau semasa beraksi dalam
rancangan 16 Baris. Kini, kami dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa
rancangan mencungkil bakat hip hop paling berpengaruh serta berkesan di Asia
Tenggara kembali dengan Musim kedua! Untuk memulakan segalanya. pelopor
rancangan tersebut iaitu karyawan hip hop tersohor Malaysia Joe Flizzow bersama
dengan Rocketfuel Entertainment serta Kartel Records akan menjelaskan
perjalanan 16 Baris serta segala bicara perihal hip hop serantau dalam sebuah dokumentari berjudul Finesse: The 16 Baris
Story.
Berdurasi 30 minit, dokumentari tersebut menyingkap
bagaimana 45 suara rap terunggul Asia Tenggara berkumpul setiap minggu di kedai
gunting rambut milik Joe Flizzow iaitu Joe's Barbershop di Subang Jaya, dan
bertarung antara satu sama lain dalam seni hip hop paling tradisional iaitu
perlawanan kata-kata secara spontan atau 'freestyle'.
ltu merupakan asas utama yang melahirkan 16 Baris dan itu
jugalah yang dipertaruhkan setiap minggu: Para peserta melontarkan lirik rap
masing-masing secara spontan dengan cara yang paling kreatif dan bermakna untuk
membuktikan bakat serta kehebatan masing-masing. Faktor inilah yang telah
membawa kepada lebih satu juta tontonan selama 15 episod musim pertama
rancangan tersebut.
Dalam Finesse: The 16 Baris Story, para peserta akan
didedahkan kepada cara menguasai bakat serta keyakinan diri sambal menyaksikan
sendiri kelancaran gaya pertaruhan kata-kata terhebat dunia rap serantau.
"Saya sudah mempunyai idea untuk menghasilkan 16 BARIS .
sejak membuka kedai gunting rambut saya yang pertama. Dari dulu saya ingin mengacara
rancangan seperti ini yang boleh menggabungkan pelbagai penyanyi rap dalam satu
acara, sehingga ternyata ia membawa satu perubahan", ujar Joe Flizzow
Dan kata-katanya adalah benar kerana belum ada rancangan
sedemikian di rantau ini. Selain mencetuskan sebuah revolusi internet, 16 Baris juga telah
berkembang menjadi sebuah jenama sinonim dengan sejarah serta pergerakan
hip-hop Malaysia: melalui sebuah konsert percuma di The Bee, Publika, dengan
3000 peminat hip-hop yang datang melebih 500 yang dijangkakan. ini telah
membawa ke acara hip-hop tersbesar di bumi Malaysia iaitu Konsert 16 Baris
Concert 2018 di Stadium Tenis Duta yang dihadiri oleh lebih daripada 5000 orang
pencinta hip-hop! Paparan utama acara ini dapat disaksikan dalam Finesse: The
16 Baris Story.
Bersama penaja utama 16 Baris' TuneTalk dan rakan kongsi JD
Sports serta Pepsi sekali lagi, musim kedua dijangka lebih gah dari sebelumnya.
Namun sebelum itu, saksikan Finesse: The 16 Baris Story sebagai peringatan
tentang bagaimana segalanya bermula.
Finesse: The 16 Baris Story akan ditayangkan secara
eksklusif di TGV Cinemas, 1 Utama pada Isnin, 10 Disember 2018 dan akan dihadiri
oleh para artis serta 100 peminat bertuah. Ini akan diikuti dengan pelancaran
atau taliannya pada hari yang sama di saluran YouTube 16 Baris.










