Semalam ( 26/07.2018 ) telah pun berlangsungnya hari pertama sessi Konsert BAIK PUNYA CONCERT 4D di Istana Budaya. Sebuah konsert selama 3 hari sahaja bermula 26hb Julai sehingga 28hb Julai yang mengabungkan 4 orang perghibur terhebat tahanair iaitu Dato Hans Isaac , Dato Aflin Shauki , Dato AC Mizal dan Dato Awie di satu pentas.
Sebuah siri konsert yang tidak seharusnya dilepaskan yang mana kehebatan mereka berempat yang tiada tandingan nya di persada hiburan tanahair. Kehebatan mereka memberikan satu IMPAK kepada semua yang hadir menerusi nyanyian, senda gurau dan tarian.
Salah satu adegan antara dalam persembahan mereka dimana seorang akan duduk di kerusi yang disediakan manakala yang lain akan menceritakan perihal yang seorang itu. Memang tak kering gusi penonton yang ada di dalam dewan IB ini.
Kesempatan tidak dilepaskan juga bersama sama dengan penonton yang hadir untuk berada diatas pentas.
tiket boleh didapati secara online di https://airasiaredtix.com/

















