SOSIAL MEDIA

16 January, 2025

IRAMA DAN PROSA DI MALAM LAGUAN PUISI BAKAL BERLANGSUNG PADA 8 FEBRUARI

MALAM LAGUAN PUISI

Showcase Malam Laguan Puisi : bunyian irama dan prosa bakal berlangsung pada Sabtu, 8hb Februari 2025 di Panggung Eksperimen, ASWARA jam 9pm akan menampilkan penyanyi-penyanyi tanahair iaitu Aqasha, Azizul Haqim, Ayu Damit dan Leaism. Mengambil inspirasi dari puisi-puisi Sasterawan Negara seperti Datuk Seri A. Samad Said, Dato’ Usman Awang, Profesor Emeritus Muhamad Haji Salleh, Datuk Rahman Shaari, Datuk Baha Zain dan Datuk Dr. Zurinah Hassan. 

 Sebanyak 7 buah lagu baharu telah di cipta khusus buat persembahan Malam Laguan Puisi. Namun lagu-lagu puisi yang pernah popular seperti ‘Tetamu Senja’ nyanyian kumpulan Koprasata dari puisi Datuk Seri A. Samad Said, lagu ‘Jentayu’ nyanyian Datuk Nora dan Dato’ Sheila Majid dari puisi Dato’ Usman Awang dan lagu ‘Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang’ nyanyian Kumpulan Harmoni dari puisi Datuk Dr. Zurinah Hassan turut di persembahakan di dalam persembahan ini.

 

Menurut Shamsul Cairel Abdul Karim selaku Pengarah Projek dan Pengarah Muzik, showcase ini berkonsepkan persembahan pentas yang menggabungkan nyanyian, muzik, deklamasi puisi dan penceritaan melalui layar LED. Elemen tradisional dari bunyian seruling dan erhu juga di masukkan melalui gubahan muzik. Namun elemen-elemen moden dari bunyian keyboards dan synthsizers juga di gabungkan untuk memberi suatu nuansa baharu kepada lagu-lagu puisi.



Showcase yang di anjurkan oleh FB Media Ventures ini mendapat bantuan dana melalui program ArtsFAS, Yayasan Hasanah dan mendapat kerjasama dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ( ASWARA ), Institut Terjemahan & Buku Malaysia ( ITBM ), Kelab Deklamator Malaysia ( DEKMAL ) dan Silent Set Entertainment.

 

Tiket RM 80 untuk penonton biasa dan tiket RM 30 untuk pelajar telah di buka untuk pembelian melalui imbasan kod QR melalui pautan https://malamlaguanpuisi.mystrikingly.com/