Shah Alam, 11 Januari 2025 – Varisha Collection Sdn. Bhd. dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran koleksi eksklusif terbaharu, "Raya Series". Pelancaran ini berlangsung selama empat hari, dari 9 hingga 12 Januari 2025, di Central i-City, Shah Alam. Acara ini juga menjadi platform untuk meraikan pelantikan penyanyi dan pelakon terkenal, Amira Othman, sebagai duta selebriti rasmi Varisha, di samping pelancaran lagu terbaharu beliau yang berjudul "Bila Nak Kahwin".
Lagu "Bila Nak Kahwin" keluaran Sony Music Malaysia dengan kerjasama kreatif bersama Emiera Othman Ventures, telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2025, manakala video muziknya akan mula ditayangkan pada 11 Januari 2025 jam 3 petang. Lagu bergenre pop ini adalah hasil ciptaan dua komposer terkemuka, Iqie Hugh dan Omar K bersama Amira sendiri.
Dalam acara pelancaran koleksi "Raya Series", Varisha mengetengahkan keunikan fabrik "Ultra Comfort Cotton Voile" yang direka khas menggunakan teknologi 60s Compact-Siro Spun. Fabrik ini menawarkan kelembutan luar biasa, ketahanan yang tinggi, dan reka bentuk yang elegan, sesuai untuk kegunaan harian mahupun acara istimewa. Materialnya bukan sahaja mencerminkan gaya dan keanggunan, tetapi juga membuatkan tudung mudah dibentuk, ringan, beralun, anti kedut, dan tidak memerlukan seterika. Koleksi ini memberikan keselesaan maksimum kepada setiap pemakainya sambil memastikan penampilan sentiasa menawan.
Pada 11 Januari 2025, acara kemuncak akan berlangsung dari jam 2 petang hingga 4 petang, di mana Amira Othman akan membuat persembahan eksklusif termasuk menyanyikan lagu baharu beliau, "Bila Nak Kahwin", bersama beberapa lagu popularnya seperti "Hati-Hati" dan "Jaga-Jaga". Para peminat juga berpeluang bertemu Amira secara langsung melalui kempen khas "Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman" yang dijangka menarik kehadiran ramai pengunjung.
Dengan slogan "Varisha for EVERYONE, EVERYDAY", jenama ini terus komited menghasilkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan wanita masa kini, memastikan mereka berasa yakin dan selesa dalam setiap detik kehidupan.