KUALA LUMPUR, 5 April 2023 – Penyanyi wanita bersuara emas, Ernie Zakri sekali lagi muncul dengan single Raya terbaharu pada tahun ini berjudul ‘JEMPUT RAYA’ hasil ciptaan komposer-komposer terkemuka negara seperti John Jeeves, Shazriq Azeman dan Omar K, manakala barisan artis popular Rocketfuel Entertainment yang lainnya seperti Dem Lepak Boyz, MADAM, Ara Johari, The Sara Sisters, Timah, Idris Brown, Imagi, Dinda, Indah Ruhaila dan Wani Kayrie digabungkan untuk menyanyikan sebuah single Raya istimewa ‘RAYA MEDLEY’ hasil gubahan semula komposer muda, Amy Bong dari kumpulan Imagi, dan kedua-duanya diterbitkan oleh jenama hiburan paling sensasi,
“Saya ingin kumpulkan seberapa banyak lagu Raya yang mungkin pada setiap tahun dengan tema yang berbeza, namun saya akur untuk menghasilkannya bukanlah perkara yang mudah. Pada tahun ini, saya memilih ‘feel’ yang klasik dengan sentuhan moden dalam tema yang ceria agar senang diingati oleh segenap lapisan masyarakat yang merayakan Aidilfitri pada tahun ini.
“JEMPUT RAYA seperti judulnya membawa maksud jemputan tatkala Hari Raya, di mana tetamu dijemput datang ke rumah kerana jikalau pada tahun-tahun yang lalu kita tidak dapat berbuat demikian, kini kita sudah boleh menerima kunjungan tetamu pada hari yang berbahagia ini,” kata Ernie yang bakal mengadakan konsert ‘Satu Suara’ bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan Jay Jay pada 13 Mei 2023 nanti.
Single ini mengambil masa selama 2 minggu untuk disiapkan dan sehari untuk proses rakaman, dan genre yang diketengahkan pada kali ini tidak terlalu tradisional dengan instrumen gendang kerana mahukan bunyi yang lebih kontemporari. Tambah Ernie, “Saya mahu lagu ini menggambarkan perasaan keterujaan tibanya Hari Raya, dan tahun ini saya teruja dapat berpuasa dengan suami dan puteri sulung kami yang semakin membesar, itulah momen manis saya ketika Ramadan. “Saya berharap lagu ini dapat membuat semua yang mendengarnya rasa gembira dan mahu turut bergoyang dengan perasaan yang girang, disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan ‘jemputan’ Raya yang bakal tiba nanti.
Pada tahun ini, pihak Rocketfuel telah mengambil pendekatan yang berbeza dan cukup unik dengan memperkenalkan himpunan lagu-lagu Raya terbitan label itu yang telah ‘di-medley-kan’ seperti ‘Bersyukur Seadanya’, ‘Suara Lebaran Kita’, ‘Sempurna Seadanya’, ‘Zapin Lebaran’ dan juga ‘Raya ‘Kita Raya’.
Kongsi Wani yang baharu muncul dengan single berjudul ‘Fajar’ berkata, “Idea bernas disebalik lagu RAYA MEDLEY ini datangnya dari pihak pengurusan sendiri yang mahukan kelainan, walaupun kesemua lagu-lagu Raya tersebut berlainan genre, saudara Amy Bong dari kumpulan Imagi berjaya ‘memasukkan’ kesemuanya dengan transisi yang sangat lancar dan tidak terasa janggal.
“Kami mengambil masa selama 2 hari untuk merakamkan lagu ini dengan pecahan 2 kumpulan, masing-masing menyanyikan bahagian yang berbeza kemudian dicantumkan menjadi sebuah lagu yang cukup istimewa.
Bagi Wani, Aidilfitri pada tahun ini cukup istimewa baginya kerana dapat beraya bersama keluarga, katanya, “Hari Raya pada tahun ini saya akan pulang ke Sabah yang jarang-jarang saya lakukan kerana komitmen kerja dan jadual kelas yang padat, kampung halaman saya agak ‘dalam’ dan sukar mendapat isyarat internet, namun itu tidak menjadi masalah kerana lebih banyak masa tertumpu pada keluarga, dan itulah momen paling berharga buat saya.
“Semoga lagu ini dapat membangkit ‘mood’ Raya semua pendengar kerana momentumnya yang mengasyikkan, ada bermacam-macam melodi dalam satu lagu dan rasa puas apabila mendengarnya.