ALVIN CHONG LANCAR MV ”TAK TERGANTI" DAN KELAB PEMINAT 'ALVINATORS’
7 FEBRUARI 2020, Kuala Lumpur. Lembaran seni bintang berbakat Alvin Chong di dekad baharu 2020 ternyata padat dengan rencana. Baharu sahaja muncul dengan single solo keempatnya dalam Bahasa Melayu berjudul ”Tak Terganti” pada 17 Januari Ialu dan menghiasi kaca tv menerusi lakonannya dalam drama bersiri 'Tolong Sempurnakan Cinta Mami’ yang bersiaran di di Astro Ria .
Penyanyi, pelakon dan pengacara yang mesra disapa sebagai Alvin ini bakal melancarkan pula video muzik rasmi “Tak Terganti”. Video muzik rasmi arahan Jeremy Lai dari Cinemakers Studio dan terbitan Lion Music Group ini boleh mula ditonton menerusi saluran YouTube AlvinChong VEVO bermula 10 FEBRUARI 2020.
Di dalam MV Tak Terganti ini juga Alvin telah bergandingan dengan pelakon Emma Maembong yang bersetuju untuk bersama sama walaupon jadual Emma agak sibuk.
Di dalam MV Tak Terganti ini juga Alvin telah bergandingan dengan pelakon Emma Maembong yang bersetuju untuk bersama sama walaupon jadual Emma agak sibuk.
”Tak Terganti” merupakan hasil ciptaan Ariadinata, penyanyi kumpulan Samsons dari Indonesia yang pernah popular di Malaysia dengan Iagu ”Kenangan Terindah" dan “Naluri Lelaki”. Lagu ini turut mendapat sentuhan penerbit antarabangsa Bryan B sebagai penggubah dan penerbit rakaman. Penerbit yang berasal dari Australia ini, pernah bekerjasama dengan artis-artis terkemuka Asia seperti Sean Kingston, Christian Alexanda, Darren Espanto, Brandon Beal Siti Nurhaliza dan DeFAM.
Single terbitan UNIVERSAL MUSIC MALAYSIA ini boleh didapati di platform digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 17 JANUARI 2020. Manakala video muzik rasmi "Tak Terganti” boleh mula ditonton menerusi saluran YouTube AlvinChongVEVO bermula 10 Februari 2020.
Sebagai penghargaan buat peminat yang menyokongnya selama ini, Alvin bakal melancarkan kelab peminat rasmi yang dinamakan ’Alvinators’. Peminat kini boleh mendapatkan 'merchandise’ eksklusif
menerusi laman web ’Alvin Official Merchandise Store’ di www.alvinchon_officia|.com. Bermula 6 Februari 2020 hingga 20 Februari 2020, setiap pembelian T-shirt Bundle bernilai RM78.00 akan melayakkan peminat menerima keahlian kelab ’Alvinators’ selama setahun secara percuma.