14 January, 2020

TRANSFORMASI DINA NADZIR BERSAMA SSKLINIC


SSKLINIC SERLAHKAN TRANSFORMASI PENAMPILAN BAHARU DINA NADZIR SELEPAS JALANI PROGRAM PELANGSINGAN SSSLIM


Petaling Jaya, 14 Januari 2020 - Duta SSKlinic, Dina Nadzir sehingga kini telah berjaya menurunkan berat badan sehingga enam kilogram dalam tempoh empat minggu selepas menjalani rawatan pelansingan signatur SSSlim di SSKlinic. Dina Nadzir hari ini, berkongsi pengalaman beliau menjalani rawatan pelansingan tersebut di dalam satu majlis bersama media dan blogger di SSKlinic, Damansara 3, Petaling Jaya. 


Mengulas lanjut mengenai kejayaan beliau menurunkan berat badannya, kata Dina, "Saya rasa seperti orang baru selepas kehilangan kira-kira enam kilogram dalam masa empat minggu. Sekarang, saya boleh memakai pakaian kegemaran saya kembali! Alhamdulillah. SSSlim telah menunjukkan kepada saya bahawa ia bukan hanya tentang pengambilan makanan yang sihat tetapi bagaimana kita makan dalam jumlah yang betul.”

 

Perlantikan Dina Nadzir sebagai duta SSKlinic di Malaysia bermula sejak November 2019 yang lalu. Dengan perlantikan tersebut Dina akan berusaha dalam kapasitinya sebagai seorang selebriti untuk mempromosikan program rawatan pelansingan SSSlim kepada masyrakat Malaysia yang ingin tampil cantik penuh keyakinan.



SSKlinic menawarkan pelbagai jenis rawatan estetika serta program pelangsingan badan bagi mereka yang mencari solusi untuk meningkatkan kesihatan dan penampilan secara keseluruhan. Terletak di Lembah Klang, SSKlinic merupakan salah satu pemain terawal dalam industri estetika dan pelangsingan yang menyediakan pelbagai jenis rawatan kulit yang tertumpu kepada perubatan dan rawatan pelangsingan yang menyeluruh; yang menggunakan peranti gred perubatan yang memenuhi keperluan semua orang.


Setiap rawatan dilakukan oleh sekumpulan pakar perunding, ahli terapi dan pakar kecantikan yang berkemahiran tinggi. Setiap rawatan yang disediakan oleh doktor estetik bertauliah disini, telah disahkan serta disokong dengan penggunaan teknologi yang terkini serta kemudahan bertaraf dunia untuk keputusan maksimum dalam masa yang minimum.


RANGKAIAN PENJAGAAN KULIT MEDIGLOW


Rangkaian penjagaan kulit MediGlow digunakan secara eksklusif di SSKlinic. Produk ini dijamin selamat dan telah diuji secara dermatologi dan dibuktikan secara klinikal. MediGlow dibangunkan pada 2009 telah diformulasikan oleh para doktor bertauliah. Produk ini memenuhi gred perubatan dan sesuai untuk semua jenis kulit pada semua peringkat umur. Diformulsikan dari ramuan terbaik dan unik dari pembekal terkemuka dunia seperti Switzerland, Perancis, Jepun, Korea, AS dan Taiwan bagi memastikan hanya kualiti terbaik diberikan kepada pengguna.



KEMPEN ‘PAY AS YOU WISH


Sejajar dengan matlamat setiap individu dalam memperbaharui keyakinan diri untuk tahun baru, SSKlinic telah melancarkan kempen terbaru di mana buat semua pelanggan baru kali pertama, layak untuk menikmati rawatan percubaan pertama sekali bernilai sehingga RM 470 ** atau pada mana-mana amaun yang ingin dibayar. Promosi ini hanya untuk pemengang kad kredit sahaja. 

*Tertakluk kepada terma dan syarat. 

** Layak untuk satu rawatan tunggal. 



Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan SSKlinic yang ditawarkan di Malaysia, sila layari laman web di https://www.ssklinic.com/. Untuk promosi terkini boleh layari di Facebook 

(https://www.facebook.com/ssklinic/) dan Instagram (https://www.instagram.com/ssklinic/). Ingin 

mengikuti perjalanan Dina, boleh ikuti #nakkurusnakcantik #dinasjourney

No comments:

Post a Comment

TANDUS SKUAD PEMUSNAH