06 January, 2020

RASUAH PENYEBAB KERUNTUHAN SEBUAH KERAJAAN DALAM SEMARAK PERTIWIKU

SEMARAK PERTIWIKU 





Kuala Lumpur, 6 Januari 2020 - Tahun 2020 disambut dengan antusias oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila projek yang dilaksanakan pada tahun lalu bakal dilanjutkan pada tahun ini. Sekali lagi dengan cukup teruja Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menerusi Istana Budaya serta Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), tampil mempersembahkan sebuah teater yang mengangkat integriti sebagai subjek utama. 




Diberi judul Semarak PertiwiKu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Yang Berusaha Puan Latheefa Koya cukup teruja mengumumkan teater yang mendapat sambutan hangat saat dipentaskan di Kuching, Sarawak pada Julai 2019 Ialu dan kini akan dipentaskan di Kuala Lumpur hujung Januari ini. Semarak PertiwiKu adalah didalam dialek Melayu Sarawak. 




"Mendekati masyarakat melalui seni telah lama SPRM Iaksanakan. Sebelum ini pada Oktober 2017, SPRM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Aswara telah mementaskan naskhah bertajuk "Bahara Emas”. 

"Melaluinya, mesej disampaikan kepada penonton tentang bahana ketamakan yang membawa kepada rasuah dan keruntuhan sebuah kerajaan. 

"Begitu juga dengan Semarak PertiwiKu, pengisiannya akan membawa aspirasi kepada setiap anggota masyarakat termasuk penjawat awam supaya berintegriti tinggi. Saya yakin ia juga mampu menyemai semangat patriotisme selain mewujudkan kehidupan yang maju, aman dan sejahtera," ucap Latheefa Koya. 

Semarak PertiwiKu akan masih menggunakan dialek Sarawak kerana kami ingin mengekalkan keaslian persembahan malah kerana mesejnya yang kuat. 

Semarak PertiwiKu mengisahkan kerakusan sebahagian kontraktor mengejar habuan untuk mengumpul kekayaan dan kerana itu tercetus skandal rasuah di sebalik rahsia perolehan sebuah projek mega. 

Inilah sumbangan SPRM kepada rakyat Malaysia yang cintakan kehidupan yang bersih dan bebas rasuah.


Disutradarai oleh Muhammad Azri Ali, bersama Pengarah Projek, Abdul Walid Ali, Pengarah Artistik, Muhammad Qawiem Bin Hamizan dan Pengarah Muzik, Iran Musodiq, persembahan teater ini juga menggunakan khidmat pelakon berkaliber dalam menyampaikan mesej penting yang. cuba disalurkan dalam medium hiburan. 


Aktor berproliflk tinggi, Ungku Ismail diberi tanggungjawab besar bersama dramatis Sherie Merlis dalam menggerakkan Semarak PertiwiKu bersama barisan pelakon lain termasuk Anding dan Tauflk Hanafu. 

“Semarak PertiwiKu selaras dengan hasrat kerajaan untuk membanteras gelaja rasuah. Ia juga adalah sebuah teater yang bertemakan integriti dan sebuah usaha cukup baik untuk mendidik masyarakat tentang rasuah khususnya dalam kalangan penjawat awam," kata Pengarahnya, Muhammad Azri Ali. 

Semarak PertiwiKu akan dipentaskan selama dua (2) hari bermula 30 hingga 31 Januari ini di Panggung Sari, Istana Budaya. 


Mengikut perancangan, akan diadakan 2 slot persembahan pada waktu petang dan 1 (satu) pada waktu malam dan adalah percuma melalui jemputan khas kepada para penjawat awam dan ‘stakeholders’ (pemegang taruh) SPRM yang telah banyak bekerjasama sepanjang 2019 di dalam pelbagai projek pencegahan yang dianjurkan. 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Norizan Abu Samah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di 013-3995467 atau Opie Sofia di 019-2966810

No comments:

Post a Comment

TANDUS SKUAD PEMUSNAH