09 December, 2019

GANZU DESTINASI PERLANCONGAN LALUAN SUTERA

Majlis sidang media Pelancaran dan promosi Pelancongan dan Kebudayaan Laluan Sutera (SILK ROAD) "Gansu, China" ke Malaysia telah diadakan bagi memperkenalkan tarikan perlancongan wilayah Gansu di Malaysia. 


Satu sessi perlancaran dan promosi khas pelancongan kebudayaan "Ruyi Gansu" telah diadakan pada 9 Disember. Bertempat di Equatorial Plaza Kuala Lumpur, majlis ini yang telah dihadiri oleh Encik Zhang Zhen, Penasihat Kebudayaan Kedutaan Cina di Malaysia, dan Encik Chen Han Wen, Timbalan Pengarah, Bahagian Promosi Pemasaran Bukan Antarabangsa, Lembaga Pelancongan Malaysia untuk membincangkan pertukaran perlancongan ini. 



Menurut Madam Sun Sen yang merupakan Pengarah Jabatan Bahagian Kebudayaan dan Pelancongan Provinsi Gansu, Beliau telah memberikan maklumat perkembangan perlancongan yang melibatkan wilayah Gansu. Aktiviti aktiviti perlancongan yang melibatkan Gansu yang mana dari segi pengangkutan udara dan darat serta lokasi lokasi yang menarik untuk dilawati.

Encik Chan Hon Mun
Timbalan Pengarah International Promotion Division (Asia / Africa)

Dengan adanya usahasama antara Agenci Perlancongan Malaysia dan China ianya akan  dapat memperkenalkan "Gansu, China" kepada masyarakat Malaysia. Kerjasama ini juga penting bagi merancak kan lagi tahun melawat Malaysia  2020 . Pertukaran pelancong akan meningkatkan lagi penjanaan pendapatan negara . Majlis sidang media ini turut dihadiri oleh ahli ahli daripada syarikat syarikat agensi perlancongan, syarikat penerbangan Air Asia dan media tempatan. 




Kerjasama ini adalah untuk memperkukuhkan lagi pertukaran antara Gan Piao dan bahagian inter-industri Malaysia, menggalakkan kerjasama dan usahasama antara syarikat pelancongan kedua-dua negara, dengan membina satu platform pembangunan yang saling menguntungkan. 





Di wilayan Gansu bagi mereka yang beragama Islam tidak perlu risau tengah tempat beribadat dan makanan . Terdapat banyak kedai yang menyajikan makanan halal. TEKAN untuk maklumat lanjut.




China dan Malaysia adalah negara tetangga dan mereka mempunyai tamadun kuno yang pelbagai dan indah, pertukaran budaya yang mesra untuk generasi serta dan pertukaran sejarah yang lama. Untuk bahagian emas Jalan Sutera kuno, Malaysia adalah negara titik teknikal yang penting dari jalan sutera maritim. 

Diharap dengan majlis ini dapat meningkatkan hubungan baik antara dua negara iaitu Malaysia dan China didalam bidang perlancongan terutama Daerah Gansu,China.








No comments:

Post a Comment

TANDUS SKUAD PEMUSNAH