27 April, 2019

LOOK OF PLUS SIZE 2019

LOOK OF PLUS SIZE (LOPS) 2019

Look of Plus Size (LOPS) adalah cetusan idea dari 7 sekawan yang menggelarkan diri mereka Xtravaganza Management. Menariknya kesemua tujuh sekawan ini juga mempunyai susuk tubuh badan plus size dan percaya semua manusia ada ruang untuk berjaya . Bagi mereka yang penting ialah sihat dan akfif meskipun berbadan besar.


Menerusi pertandingan LOPS ini juga pemerkasaan terhadap golongan wanita telah berjaya dicetuskan apabila ada dalam kalangan 20 finalis pernah menjadi mangsa buli dan keganasan rumah tangga . Seramai 60 peserta awal menyertai pertandingan ini dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pemilihan dibuat berdasarkan tugasan dan komitmen yang diberi. 



Turut memberikan sokongan pereka yang sedang meningkat naik dan pakar dalam potongan plus size iaitu Azhar Zainal Ariffin darl AZ Design. 



Seramai enam peserta telah berpeluang menggayakan pakaian di atas bas Hop On Hop Off baru-baru ini. Mereka yang terpilih telah berjaya  menarik perhatian warga kota dan pelancong menerusi penampilan peragaan mereka dan pemakaian. Pada pertandingan akhir hari ini, peserta akan melakukan beberapa tugasan termasuk persembahan bakat mereka serta catwalk. Xtravaganza percaya peluang sentiasa ada sekiranya ada usaha dan kesungguhan.



LOPS kini membuktikan bahawa kecantikan seseorang wanita itu adalah subjektif. Selain Malaysia juga seiring dengan pentas peragaan dan fesyen dunia yang turut meraikan plus size. Pembabitan artis seperti Azharina Azhar, Ayu Damit dan Mafanka juga sangat relevan kerana mereka juga bangkit dan membukti mampu Berjaya dengan bakat yang dimiliki.



TOP 5 LOOK OF PLUS SIZE 2019




PEMENANG TEMPAT PERTAMA
SYAMIM  BINTI ARSHAD


PEMENANG TEMPAT KE-2
SITI NAILA BINTI SEKANDAR

PEMENANG TEMPAT KE-3
NUR HAFIZAH BINTI ABDUL LATIFF

PEMENANG TEMPAT KE-4
FAIRUS NURFAJILAH BINTI ANUAR

PEMENANG TEMPAT KE-5
NOR SABRINA BINTI ABU BAKAR





Subsidiary title

1.MISS CONGENIALITY - NOR SABRINA BINTI ABU BAKAR

2. MISS NATURAL BEAUTY - NUR HAFIZAH BINTI ABDUL LATIFF

3. MISS BODY BEAUTIFUL - NORAINI BINTI ISMAIL

4. MISS MOST FAVOURITE - SYAMIM BINTI ARSHAD
(BERDASARKAN VOTING TETAMU PADA HARI TERSEBUT)

5. MISS PHOTOGENIC - JAZZMINE HANZ

6. BEST CATWALK - SITI NAILA BINTI SEKANDAR

7. MISS POPULAR - SITI NAILA BINTI SEKANDAR




















No comments:

Post a Comment

MAHATHIR THE JOURNEY