22 April, 2019

KONSERT LAKSAMANA METAL WINGS X BUNKFACE


KONSERT LAKSAMANA METAL 2019 

WINGS X BUNKFACE

WINGS dan BUNKFACE adalah dua nama yang tidak asing lagi bagi peminat musik tanahair dengan irama mereka tersendiri bakal mengadakan konsert LAKSAMAMA METAL 2019 , WINGS X BUNKFACE pada 4hb Mei 2019 . Wings dan Bunkface yang hadir  lengkap berpakaian Traditional Melayu mengajak peminat turut mengajak sama mengenakan pakaian traditional semasa konsert itu nanti.




Menurut Dato Ahmad Azhar atau lebih dikenali sebagai Awie , vokal kumpulan Wings menginginkan satu kelainan untuk konsert kali ini dan juga bakal menonjolkan kelainan dalam musik rock berlatarkan suasana melayu lama.



Selain konsep bakal yang bakal diketengahkan, semasa sidang media ini turut mendedahkan rekaan pentas dan persediaan yang bakal dilakukan bagi menghadapi hari bersejarah konsert ini nanti.

Bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4hb Mei , bermula 8.45 malam, Awie memaklumkan antara lagu lagu yang pasti merancakkan sanubari peminat semestinya daripada album sulung mereka, Belenggu Irama, yang telah diterbitkan pada tahun 1987.


Bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4hb Mei , bermula 8.45 malam, Awie memaklumkan antara lagu lagu yang pasti merancakkan sanubari peminat semestinya daripada album sulung mereka, Belenggu Irama, yang telah diterbitkan pada tahun 1987.

Menurut Awie lagi, pihaknya menerusi Awie Entertainment selaku penganjur meletakkan satu tahap yang tinggi pada konsert Laksamana Metal di PWTC ini yang menjadi gelanggang pembukaan untuk tiga lagi siri persembahan jelajah Malaysia bagi mengumpulkan peminat peminat setia kumpulan Wings dan Bunkface. Seterusnya pada tahun hadapan (2020) Wings bakal meraikan ulang tahun ke-35. Buat masa ini kami bakal bergerak ke Pulau Pinang, Batu Pahat, Johor dan Jengka, Pahang. Kami juga berharap dikurniakan kesihatan dan tenaga supaya dapat merealisasikan segala yang dirancang.


Bagi tiket pula berharga RM150 untuk kawasan berdiri dan RM450 (duduk) dijual secara manual oleh syarikatnya sendiri di bawah edaran ejen sah bagi mengelakkan penipuan atau isu berbangkit. Dan bagi pembeli tiket yang berharga RM450 pula akan berpeluang untuk menyaksikan sesi latihan akhir sehari sebelum konsert, selain menikmati jamuan ringan dan membawa pulang barangan premium Wings. Seribu pembeli pertama tiket RM150 pula bakal menerima barangan istimewa.

Tempahan tiket boleh dibuat menerusi ejen kelab peminat Sayap-Sayap Wings atau dapatkan maklumat lanjut menerusi Instagram @sayap2wings dan Facebook Sayap-Sayap Wings.


No comments:

Post a Comment

MAHATHIR THE JOURNEY