02 February, 2019

DEWA19 REUNION LIVE IN MALAYSIA

Tanggal 2hb Februari, 2019 telah berlangsungnya konsert kumpulan lagenda dari Indonesia DEWA19. Konsert DEWA19 Reunion Live in Malaysia telah diadakan bertempat di stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Sebuah konsert yang unik dimana mengabungkan 2 bekas vokalis DEWA 19 iaitu Ari Lasso dan Once Mekel. 

Konsert DEWA19 kali ini sedikit kekurangan apabila Ahmad Dhani tidak dapat bersama untuk menjayakannya. Tempat Ahmad Dhani telah dipenuhi oleh anak nya iaitu Dul Jaelani yang bermain keyboard dan gitar. 


DEWA 19 yang dianggotai oleh Ari Lasso , Once Mekel , Andra , Agung Yudha , Yuke , Tyo Nugros dan Dul Jaelani. Turut hadir bersama menyaksikan konsert yang bersejarah ini adalah Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin



Paparan Ahmad Dhani di skrin ketikanya Ari Lasso menyanyikan lagu Hadapi dengan Senyuman yang membuatkan ramai mengalirkan airmata. Dul Jaelani tidak dapat menahan airmatanya dari gugur namun tetap melunaskan tugasnya selaku pemain keyboard. 






















#maestromediamy #dewa19 #dewa19reunionmy #nizraproduction

No comments:

Post a Comment