09 January, 2019

RAKITA JENAMA MEDIA SEGAR MASA KINI

RAKITA, sebuah media penyiaran baru dilancarkan hari ini. Ia adalah jenama media maklumat hibur (infotainment) pertama yang menyampaikan dan menghiburkan audiens dengan kandungan pelbagai genre terkini yang segar, original, dan sahih.

RAKITA juga melancarkan platform pelbagai saluran untuk menyampaikan kandungan yang menarik melalui RAKITA WATCH, RAKITA 107.9, RAKITA GO dan RAKITA XR menggunakan kaedah yang paling menarik hari ini untuk menjangkau audiens daripada pelajar sekolah kepada golongan muda yang bekerja berusia 15 hingga 29 tahun.

Dengan menggunakan pelbagai saluran yang merangkumi digital, radio, on- ground dan realiti berperanta (augmented reality), RAKITA bermatlamat untuk menghubungkan audiens dengan menghasilkan dan mengendalikan kandungan sebenar yang mampu dikaitkan dengan orang ramai dengan cara yang menyeronokkan dan menghiburkan. Platform RAKITA akan memastikan mereka sentiasa berhubung menerusi berita dan peristiwa terkini, muzik, gaya hidup dan hiburan.

RAKITA ditunjangi oleh sebuah pasukan kerja yang kuat terdiri daripada nama- nama terkemuka daripada industri penyiaran seperti DJ Skeletor, Norra Ismail dan Priscilla Patrick, disokong oleh ahli pasukan lain yang mempunyai pengalaman luas dalam industri media dan hiburan serta daripada sektor korporat .


"Kami sangat teruja untuk melancarkan jenama RAKITA dengan pelbagai salurannya hari ini. Ini adalah penanda aras seterusnya untuk inovasi dan pertumbuhan dalam industri dan kami teruja untuk melancarkan aset-aset ini sekarang. Kami percaya bahawa gabungan empat saluran berbeza dibawah satu jenama akan meningkatkan keterlibatan dan mendorong penghasilan kandungan lebih relevan yang akan merangsang pertumbuhan positif dalam industri, "kata Kevin Isitor yang juga dikenali sebagai DJ Skeletor, orang utama dibelakang jenama RAKITA.

"Kami memberi tumpuan kepada menghasilkan dan mengendalikan kandungan paling segar yang menceritakan kisah dan pengalaman daripada orang sebenar. Kami mahu penonton mendapatkan kandungan baru, berkongsi dan terus berhubung sepanjang masa menerusi saluran kami. Dan dengan RAKITA XR, kami membawa penonton menikmati pengalaman ke suatu tahap realiti berperanta yang lain, iaitu kepada realiti lanjutan ", tambah Kevin.

RAKITA 107.9 menampilkan kekuatan barisan muda, bergaya dan berpengaruh dalam media digital sebagai duta jenama RAKITA iaitu Anas Ridzuan, Amirul Agam, Aqilah Azali, Nadya Syahera, Atoi Tohet, Zooey Teo dan Akmal Yusof. Mereka akan membawa kandungan yang menyeronokkan, segar dan bertenaga yang berinformasi dan menghiburkan melalui empat segmen utama - Pagi-pagi RAKITA, Pagi RAKITA, Petang RAKITA dan Malam RAKITA. 

Krew Trafik dan Berita RAKITA akan membantu anda dengan situasi lalulintas semasa untuk anda 7 hari seminggu. Diketuai oleh Priscilla Patrick, personaliti trafik Malaysia, pasukan itu juga akan membawa anda berita terkini dari seluruh dunia ke udara dan dalam talian menerusi platform RAKITA.



RAKITA XR adalah kaedah interaksi terkini yang menawarkan pengalaman yang mendalam - orang boleh merapatkan jarak dan berhubung antara satu sama lain untuk mengakses maklumat dan kandungan.

"Kami sangat teruja untuk memperkenalkan RAKITA dan platform digitalnya yang membolehkan orang ramai berinteraksi dan berhubung di mana-mana pun mereka berada. Dengan RAKITA WATCH, penonton dapat mengakses kandungan terkini dan membentuk perkaitan dalam talian 24 jam setiap hari dan kami berusaha lebih keras bagi menghasilkan sesuatu yang lebih menarik dengan RAKITA XR dimana audiens dapat melihat, mendengar dan merasai kandungan dengan cara yang baru", kata Norra Ismail, Ketua Pembangunan Perniagaan dan Jualan RAKITA.

Beliau menambah, "Realiti lanjutan menawarkan peluang untuk mengubah reka bentuk kandungan tanpa faktor pengehad jarak dan ia adalah satu pengalaman mendalam yang menghidupkan kandungan dan jenama."

Perlancaran yang penuh interaktif dan terkini hanya boleh dilihat dengan mengunakan aplikasi XR .


No comments:

Post a Comment