12 December, 2018

ERNIE ZAKRI "KU BERSUARA"

ERNIE ZAKRI 
‘KU BERSUARA’ 




Ernie Zakri kini tampil dengan single terbaru bertajuk " KU BERSUARA " di bawah naungan Rocketfuel Entertainment. Biarpun sudah hampir sedekad menjejakkan kaki di dalam arena seni nyanyian, bintangnya mula bersinar sejak menjuarai pertandingan realiti Duo Star bersama rakan duetnya Syamel. Sejak itu suara dan gaya persembahannya mula mencuri perhatian pencinta muzik tempatan. Kini Ernie Zakri bukanlah satu nama asing dalam dunia hiburan Malaysia.



Selain bergelar penyanyi berbakat, Ernie juga merupakan seorang guru vokal hebat yang pernah mendapat pendidikan tinggi dalam bidang muzik dan mengkhusus pada seni vokal. Menjadi tenaga pengajar untuk ramai artis dan juga di dalam program program nyanyian . Kini untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia seni suara, Ernie Zakri muncul dengan single terbarunya yang berjudul 'Ku Bersuara'. Lagu ini juga merupakan rakaman pertama penyanyi tersebut sejak bernaung di bawah pengurusan Rocketfuel Entertainment.



Lebih menarik lagi untuk lagu 'Ku Bersuara' ini turut menampilkan rakan duet yang serasi bersama iaitu Syamel sebagai komposer dan penulis lirik di samping beberapa nama lain seperti Omar K, Blaine Bakri dan .lohn Jeevasingham. Bersesuaian dengan kekuatan vokal Ernie, 'Ku Bersuara' merupakan sebuah lagu berkonsep 'power ballad’ yang mampu menyerlahkan lontaran suara Ernie yang hebat. la disampaikan dengan begitu baik dan dijangka bakal berbekas di hati peminat muzik serantau. 



Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd., " Nama Ernie Zakri bukan asing lagi di arena muzik Malaysia. Kekuatan vokalnya mampu menambat hati semua pencinta muzik. Jadi kami dari label Rocketfuel tidak ragu-ragu untuk Ernie menyanyikan lagu berentak ballad ini kerana yakin ini adalah kekuatan beliau. Diharapkan lagu ini akan dapat diterima ramai lebih lagi dengan adanya sentuhan muzik dari Syamel yang sentiasa menyokong rapat karier seni Ernie"




VIDEO MUZIK TERBARU ERNIE ZAKRI TAMPILKAN QUE HAIDAR 


Ernie Zakri Tampil Dengan Video Muzik Pertama di Bawah Naungan Rocketfuel Entertainment Selepas mengumumkan kemunculan lagu terbarunya yang berjudul 'Ku Bersuara', penyanyi berbakat besar Ernie Zakri kemudian tampil dengan video muzik buat lagu tersebut. 

Oleh kerana lagu ini juga merupakan rakaman pertama penyanyi tersebut sejak bernaung di bawah pengurusan Rocketfuel Entertainment, jadi pihak Rocketfuel Entertainment juga ingin memastikan lagu tersebut akan dipasarkan dengan sebaik mungkin. 

Oleh dengan itu pihak Rocketfuel Entertainment melantik produksi Pendeta Malaya untuk menghasilkan musik video ini hasil arahan pengarah berbakat Izuan Mokhtar. 

Dilancarkan pada 12 Disember 2018, video muzik yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur ini turut menampilkan Que Haidar sebagai salah seorang pelakon yang dipaparkan. 

Lagu 'Ku Bersuara' digubah dan ditulis oleh Syamel, Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham. Manakala video muziknya pula ditayangkan di saluran YouTube Rocketfuel Network.


No comments:

Post a Comment

KOTEX EDISI TERHAD BATIK