07 December, 2018

BERANI JADI PAPA

'Berani ]adi Papa’ adalah semua FTV yang sarat dengan mesej kekeluargaan dan persahabatan, dilatari dengan elemen-elemen komedi sesuai untuk tontonan seisi keluarga . Gandingan Mantap Dato' Awie, Ungku Hariz & Rykarl Iskandar pastinya akan menceriakan musim cuti sekolah ini .


Bersempena dengan musim cuti persekolahan ini, Astro First Eksklusif (saluran 480) tampil dengan sebuah filem televisyen (FTV) istimewa, 'Berani jadi Papa’, yang bakal menemui peminat mulai 6 Disember 20l8. FTV arahan sutradara hebat, Umi Salwana Omar ini boleh turut ditonton di platform digital, 'on demand’. 



‘Berani Jadi Papa’ adalah buah tangan terbaharu rumah produksi, Red Communications Sdn. Bhd. dan buat iulung kalinya, ia menampilkan gabungan tiga generasi yang bertindak sebagai pengemudi utama, Dato' Awie, Ungku Hariz dan Rykarl Iskandar. Lakon layar dan cerita asal FTV ini adalah nukilan Nadia Khan dan Mamu Vies, manakala Lina Tan merangkap Penerbit Eksekutif. 


*Berani Jadi Papa’ merupakan sebuah naskhah santai namun sarat dengan pelbagai mesej positif yang amat sesuai untuk ditonton seisi keluarga. Disisipkan dengan elemen komedi dari satu babak ke babak yang lain, *Berani jadi Papa’ memaparkan kisah kesetiaan sebuah persahabatan dan kerakraban hubungan di antara anak dan ayah, yang mana masing-masing mempunyai masalah dan isu yang perlu dihadapi dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. Menyukarkan lagi apabila tanpa adanya kehadiran susuk seorang wanita yang boleh dipanggil ibu atau isteri. Namun begitu, ia tidak mematahkan semangat kedua-dua anak beranak ini untuk terus bangun meneruskan kehidupan seharian, dengan cara mereka yang tersendiri.



Naib Presiden GenNext Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin:
"Berani jadi Papa’ merupakan sebuah naskhah yang segar dan & mengangkat mesej kekeluargaan sebagai latar utamanya. & Institusi kekeluargaan hadir dalam pelbagai bentuk dan di sebalik cabaran yang perlu dilalui ibu, bapa mahupun anakanak, kami gambarkan dalam segenap aspek akan kemanisan yang mewarnai sesebuah keluarga. Komunikasi, sikap bertolenrasi dan bertanggungjawab perlu dijadikan asas demi mencapai keharmonian dalam berkeluarga. Mesej mumi inilah yang arba kami tonjolkan dalam filem tv (FTV) "Berani/adi Papa’. Kami berharap dengan adanya l-TV ini, ia secara tidak langsung membuka mata golongan ibu bapa untuk terus menyelami dunia anak-anak dan cuba memahami isu-isu yang yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka. Pada masa yang sama, anak-anak juga perlu menghargai akan setiap pengorbanan yang dilalui ibu bapa dalam membesarkan mereka. Menerusi "Berani jadi Papa', kami juga cuba memainkan peranan untuk merapatkan mana-mana jurang di antara ibu / bapa dan anak-anak agar masing-masing lebih memahami dan hubungan kekeluargaan boleh terus disemai dan kekal utuh. Gunakan peluang cuti persekolahan ini untuk berkumpul dan menonton bersama keluarga tersayang, serta ambillah mesej-mesej positif yang cuba kami sampaikan. Semoga terhibur.


Penerbit Eksekutif 'Berani jadi Papa’, Lina Tan: 
"Berani jadi Papa merupakan sebuah naskhah komedi dari Umi Salwana Omar dengan skripnya ditulis oleh Nadia Khan. Sebelum ini, mereka telah bekerjasama menghasilkan 'Gol & Gincu 2’ dan beberapa siri program popular terbitan Astro, ‘Oh My English’.

FTV ini menyaksikan gandingan pelakon Ungku Hariz dan Rykarl Iskandar, dan dengan adanya kehadiran Dato' Awie sebagai Sani joned, ia berjaya menggamatkan lagi suasana. Sani joned merupakan seorang penyanyi veteran yang cuba kembali menempah nama dalam industri dan ternyata lakonan Dato' Awie sebagai Sani joned cukup menjadi! Selain itu, watak " pelakon Kismah johar sebagai seorang nenek yang gemar bergurau dan menyeronokkan berjaya melengkapkan jalan.





'Berani jadi Papa’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif saluran 480 bermula 6 Disember 20 I 8 (Khamis) ini. Dengan hanya RM I5.00*, penonton boleh menonton ' berani jadi Papa' dengan berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari). 



No comments:

Post a Comment

MAHATHIR THE JOURNEY