19 December, 2018

ALTIMET KONSERT TERAKHIR

NESCAFE MEMPERSEMBAHKAN THE LAST ALTIMET SHOW

19 DISEMBER 2018, KUALA LUMPUR 2018 merupakan tahun yang luar biasa buat Altimet. Bukan hanya beliau memenangi "Persembahan Terbaik" di Anugerah Juara Lagu ke 32 yang Ialu, single Bunga dari album Air telah meraih 8.3 juta penonton sejak Mac 2018 dan telah mendapat nominasi sebagai 12 lagu yang berentap di peringkat akhir, Anugerah Juara Lagu ke-33 pada 2019. 


Konsert terakhir Altimet 'NESCAFE Mempersembahkan The Last Altimet Show' akan diadakan pada hari Sabtu, 16 February 2019, 7 malam di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. Persembahan ini bakal membariskan artis-artis hebat tanahair seperti Aizat Amdan, DJ Fuzz, Zizi Kirana, Awi Rafael, Aman Ra, dan ramai Iagi. 



Pada bulan lepas, Altimet telah mengumumkan hasratnya untuk bersara secara rasmi daripada menjadi penyanyi, pada masa yang sama, peminat setia beliau tidak sabar menantikan kemunculan album terakhir '0' , yang bakal didapati pada Jumaat ini, 21 Disember 2018. Altimet turut menekankan, bahawa beliau masih akan bersama lagi dalam industri hiburan tanahair, mungkin di belakang tabir mahupun di arena lain. Beliau turut memberitahu, konsert terakhir ini akan dipersembahkannya sebagai tanda terima kasih dan penghormatan kepada keluarga, sahabat-handai dan peminat yang tak jemu menyokong disepanjang karier beliau. 



Tiket 'NESCAFE Mempersembahkan The Last Altimet show’ berharga RM59 (Early Bird), RM79 (Presale) dan RM109 (At Door) untuk setiap keping tiket. Tiket terhad "Early Bird” boleh dibeli di www.altimet.com.my/concert bermula dari 21 Disember 2018. Peminat juga berpeluang untuk memenangi sepasang tiket VIP dengan pas “Meet & Greet" dan 25 pasang tiket awam khas daripada penaja konsert, NESCAFE di www.altimet.com.my/Nescafe 



Altimet merupakan rapper, penulis lagu, dan produser yang banyak memenangi anugerah serta mempunyai sebanyak 14 lagu carta #1 sejak tahun 2000 menerusi 4 album solonya. Sehingga kini, Altimet merupakan rapper pertama di Malaysia yang menyerikan pentas Anugerah Juara Lagu sebanyak 5 kali sejak 2012, dengan lagunya 'Kalau Aku Kaya' yang menjadi lagu hip-hop pertama memenangi tempat ke-3, dan memenangi "Anugerah Persembahan Terbaik" menerusi lagu 'Amboi'. Terkini, 'Bunga' pula dicalonkan sebagai salah satu daripada finalis dalam AJL33 yang bakal berlangsung pada tahun 2019. 

Altimet bukan sahaja diiktiraf sebagai ‘Men Of The Year 2016’ oleh Majalah August Man, malah beliau juga dinamakan sebagai ‘Alpha Men’ oleh Majalah Glam Lelaki pada tahun yang sama. Selain menjelajahi dunia dan muncul di kaca TV serta pentas antarabangsa, Altimet juga diangkat sebagai rapper pertama di dunia yang ditampilkan dalam aplikasi Waze. Arahan suara dwibahasanya boleh didengari di seluruh dunia dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. 


Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.altimet.com.my .



#maestromediamy #altimet #kartelindustries #warnermusic

No comments:

Post a Comment

KOTEX EDISI TERHAD BATIK